Selasa, 30 September 2014

Ahli PAS Sampai Ajal - Saari

KUALA LUMPUR: Walaupun dikritik hebat berikutan tindakannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, kesetiaan
Saari Sungib kepada PAS terbukti masih kebal.
Sehingga pertemunnya dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu mengakui masih lagi menjadi
ahli parti dalam gabungan Pakatan Rakyat itu.
"Saya masih lagi ahli PAS," jawabnya ringkas selepas mengadakan pertemuan kira-kira sejam di Ibu Pejabat PAS Pusat, di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai inti pati perbincangan bersama Mustapa dengan berkata ia merupakan satu 'pertemuan biasa'.

Ditanya sama ada beliau akan terus bersama PAS, beliau menyatakan kesetiaannya untuk bersama parti itu sehingga akhir hayatnya.

"...sampai ajal," jawabnya.

Beliau tidak keseorangan, sebaliknya seorang lagi Adun PAS bagi kawasan Morib, Hasnul Baharuddin dilihat masuk ke bangunan sama pada pukul 2.50 petang.

Difahamkan, kedua-dua mereka dipanggil oleh Mustapa untuk memberikan penjelasan mengenai surat akuan bersumpah yang ditandatangani sebagai menyokong Presiden
PKR ketika krisis politik Selangor meruncing, sekali gus dianggap membelakangkan parti.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: