Isnin, 22 September 2014

Khalid Ibrahim - masih belum tiba ucap selamat tinggal

Kita kena teruskan kerja kita. Lama-kelamaan lawak jenaka mereka akan terus dikenang selamanya.




SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis perpisahannya di SUK merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rakan-rakan sekerja kerana telah berjasa bagi menyelesaikan masalah air di Selangor.

Menurutnya, aset sebanyak RM14 bilion telah kembali kepada rakyat Selangor.

“Jika kita tak berjaya lakukan (mengembalikan hak air), rakyat selangor akan menghukum kita kerana ia merupakan antara manifesto yang kita bawa,” katanya sewaktu berucap di majlis perpisahannya.

Khalid hadir ke foyer SUK dengan riak wajah yang ceria dan beliau turut menyatakan bahawa beliau terima ucapan terima kasih tetapi beliau turut menyatakan belum tiba masanya lagi untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Saya terima ucapan terima kasih tapi ucapan selamat tinggal belum lagi,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan terima kasih dan rasa bertuahnya kerana beliau diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas dengan telus dan penuh bertanggungjawab.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan negeri kerana sanggup bekerja siang dan malam, Sabtu dan Ahad untuk bersama-sama dengan menteri besar.

“Sebagai menteri besar, saya tak tahu hari cuti dan hari Sabtu Ahad,” ujar beliau.

Bukan itu sahaja, Khalid turut menyeru agar biarlah orang politik berperang, berlakon, berdrama tetapi sebaliknya bagi kakitangan kerajaan negeri.

“Kita kena teruskan kerja kita. Lama-kelamaan lawak jenaka mereka akan terus dikenang selamanya. Hal ini kerana rakyat negeri Selangor mesti mempertahankan negeri Selangor sendiri.

Dalam majlis tersebut, lebih 100 orang kakitangan kerajaan negeri hadir bagi megucapkan salam perpisahan kepada Khalid.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: