Rabu, 3 September 2014

Kabinet Najib semakin 'kurang waras' kerana ini ..

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia ingin mengetahui sama ada barisan kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih waras untuk mentadbir negara
ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mesyuarat kabinet menteri esok sangat penting, lebih-lebih lagi merupakan pertemuan pertama selepas sambutan
ulang tahun kemerdekaan ke-57 dan rakyat wajar berasa bimbang tentang hala tuju dan masa depan Malaysia.

Beliau merujuk ucapan tiga pemimpin Umno iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sepanjang minggu lalu yang dengan dasar 1Malaysia yang diajukan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.

Mohamad Hassan dilaporkan berkata dalam mesyuarat Umno bahagian Rembau dengan rekayasa pembohongan bahawa kononnya ‘tiga hari selepas pembangkang (Pakatan
Rakyat) membentuk Kerajaan Persekutuan, agenda utama mesyuarat kabinet pertama adalah penyatuan semula Singapura dengan Malaysia.

Menurut Kit Siang, ucapan Mohamad Hassan ditambah dakwaan tidak masuk akal sama sekali bahawa kononnya penambahan 89 kerusi parlimen bukan Melayu aka dibuat
tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan di Parlimen.

Manakala kenyataan Ismail Sabri dalam ucapannya dalam mesyuarat Umno bahagian Gopeng bahawa orang Melayu di negara ini ‘sedang diserang’ dengan pemisahan
‘Melayu Umno’, ‘Melayu PAS ‘, ‘Melayu PKR’ dan ‘Melayu DAP’ justeru penting bahawa orang Melayu perlu bersatu semula seperti ketika negara hendak mencapai
kemerdekaan.

Bagi Kit Siang, mengejutkan dan sukar dipercayai apabila Ismail mengucapkan kata-kata sedemikian yang bercanggah dengan dasar 1Malaysia Najib Razak untuk
membina Malaysia di mana setiap rakyat perlu mengakui bahawa dirinya pertama sebagai rakyat Malaysia manakala bangsa, agama, wilayah dan status sosio-ekonomi
kedua.

Manakala Zahid Hamidi dua hari selepas mesej merdeka Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ketila berucap di mesyuarat Umno bahagian
Segambut apabila berkata bahawa ‘orang Melayu perlu membayar harga kerana berlaku baik kepada bukan Melayu’.

“Tidakkah Perdana Menteri memberi taklimat kepada barisan menteri tentang tema dan makna mesej merdekanya, supaya mereka tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah
dan meminggirkan Najib dengan perkara yang bertentangan?" tanya Kit Siang dalam satu kenyataan.

Katanya, ketiga-tiga ucapan di mesyuarat Umno bahagian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dan dua Menteri Kabinet adalah menghasut.

"Adakah Peguam Negara akan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan?" tanya Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: