Isnin, 1 September 2014

Guan Eng cabar KPN!

Isu Guan Eng - PPS - Ketua Polis Negara semakin hangat beb .. Lagi hangat kalau baca versi Utusan kat bawah sana ..

Apapun jom tengok apa perkembangan isu PPS Pulau Pinang ..

Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggpasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan polis selepas perarakan hari merdeka pagi ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS sebuah badan sah.

Katanya, PPS dibentuk pada 2010 untuk menangani kes bencana alam dan memberikan khidmat masyarakat itu.

Lim juga berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS, kerana ia dibentuk sebagai badan bawah kerajaan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memberikan amaran untuk menyerbu rumah anggotanya.

Selepas lebih 150 anggotanya ditahan hari ini, Khalid menulis di Twitter, menggesa anggota PPS selebihnya menyerah diri sebelum polis menyerbu kediaman masing-masing.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tetapi agensi bawah kerajaan negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

Versi Utusan - Guan Eng cabar KPN


PULAU PINANG 1 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Beliau dalam nada angkuh turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa akan menahannya sama seperti Pengerusi PPS, Phee Boon Poh.

"Bila giliran saya akan ditangkap? Saya tunggu beliau," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini pagi ini untuk memberi sokongan kepada 136 anggota PPS yang dijangka direman hari ini. - UTUSAN ONLINE

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: