Selasa, 23 September 2014

Episod balas dendam kepada Anwar Ibrahim?

Pejabat penasihat ekonomi Selangor ditutup

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Faekah buang tebiat sebelum di buang dari Perbadanan

Tanpa Nama berkata...

Anwar tak perlu pun dengan jawtan atau tugas terbut.lagi2 kini Mb baru yang mendapat nasihat Anwar.Yang kita kasihanya sekiranya ada pekerja yang bertugas di pejabat tersebut..

Tanpa Nama berkata...

dia yg nak kena pecat... pecatlah kamu sebelum kamu dipecatkan

Tanpa Nama berkata...

what goes around comes around.... faekah2...nampak sangat emosional dlm membuat keputusannya..apapun ko dah jadi ceo MBI... bukan kecik anak gaji ko dapat kannnn

Anuar bin Safian berkata...

Admin rasanya tukar tajuk artikel ni.. kontroversi tajuknya.. mungkin fekah ada benarnya (aku bukan penyokong fekah ok) tak semua tindakannya tak betul.. DSAI boleh memberikan nasihat ekonomi tanpa wujudnya pejabat khas untuk tujuan tu..

Raz berkata...

kembalikan semula keyakinan rakyat kepada pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Sultan dlm perlantikan MB tak ikut Perlembagaan.

Dalam perletakan jawatan MB yg hilang sokongan majority pun, dia tak ikut Perlembagaan.

Ikut perlembagaan, apabila MB hilang sokongan majority, Exco kena letak jawatan. Tak de peruntukan untuk tanggoh.

Ikut Perlembagaan, yang buat keputusan itu adalah dari Mb dan Exco haram. Bukan kah elok Exco baru yang sah untuk decide....termasuk pemecatan Faekah lagi. Dia dh keluar PKR, ikut lah Khalid letak jawatan.