Selasa, 23 September 2014

Aku cabar Azmin Ali!!


oleh: pen buruk online ™

Memandangkan YB Azmin Ali sudah terpilih menjadi Menteri Besar yang baru dan inilah hasrat beliau yang sudah lama diidamkan, maka penburukonline inginmengemukakan beberapa cabaran untuk beliau;

1. Apabila anda sanggup memikul amanah, maka cabaran pertama yang perlu anda buat adalah untuk menjadikan Selangor sebuah negeri contoh kepada negeri - negeri lain terutama dasar pemerintahan Islam. Ada berani?

2. Cabaran kedua,gunakan peruntukkan dan dana yang ada untuk membebaskan fakir miskin dari belenggu kemiskinan. Membantu golongan OKU, ibu tunggal dan bebaskan mereka dari sengsara hidup.

3. Cabaran ketiga; hapuskan semua kilang arak dan judi.

4. Cabaran keempat; jangan anda terima apa-apa anugerah yang di hadapan nama anda seperti Dato', Dato' Seri atau Tan Sri dan sebagainya. Ada berani?

5. Cabaran kelima; Pastikan dan perlu pastikan anda tidak menganugerahkan kontrak atau apa-apa kepentingan untuk krooni dan keturunan kamu. Ada berani?

6. Cabaran keenam; pastikan kamu tidak bermewah-mewah dengan harta rakyat atas apa jua acara rasmi dan tidak rasmi. Ada berani?

7. Cabaran ketujuh; penburukonline mencadangkan anda ambil gaji dan elaun anda hanya separuh dan separuh lagi sedekahkan kepada tabung rakyat. Adaberani?

8. Cabaran kelapan;kamu perlu tinggalkan semua kemegahan sebagai MB seperti rumah MB, kereta MB dan lain-lain. Ada berani?

9. Cabaran kesembilan; sekurang-kurangnya seminggu sekali jadi imam kepada rakyat jelata dalam solat Jemaah.

Itu dulu sedikit sebanyak cabaran yang penburukonline lontarkan kepadaYB Azmin Ali, MB Selangor yang baru. Kalau YB Azmin dapat laksanakan cabaran ini, aku yakin, rakyat akan tetap bersama PR dan UMNO akan K.O lagi pada PRU14


more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

11 respon:

Tanpa Nama berkata...

azmin kena buktikan dia lebih bagus dr TSKI. dia byk kritik pentadbiran TSKI dulu. skrg ms untuk buktikan.

Tanpa Nama berkata...

Insyallah cabaran tu akan disambut oleh saudara azmin...

Tanpa Nama berkata...

Khalid bengong. 6 tahun gaduh dengan Azmin, sekarang musuh ketat nya ambil aleh kerusi dia.

Kalau dia ikut cakap partinya tentu Wan Azizah dh jadi Mb dan munkin dia jadi penasihat Ekonomi Wan Azizah.

Aku rasa Wan Azizahblej jadi MB yg best. Sebab semua President didalam dunia ni ada penasihat2 yg pakar dlm bidang tertentu. Kalau dia team player, just implement shj cakap penasihat selepas kelulusan Exco.

Mb dan pm macam Khalid and Mahathir, menghancorkan negri/Negara kerana ego dan sifat menyanka dia pandai.

PPN jadilah berkata...

cabaran no4 kurang sesuai.

jika sering menolak anugerah nnti dilihat seperti memperlekeh pemberian Sultan. anugerah tidak menelan wang rakyat pun utk diterima tp besar maknanya dlm hubungan pentadbiran dan istana.

terima saja anugerah kebesaran bagi pihak rakyat.

Tanpa Nama berkata...

duit 3 billion tu Tolong pakai utk baiki jalan kaw kampung dan taman perumahan yg teruk keadaanya. Jangan pakai utk tujuan lain/ kroni pulak........

Tanpa Nama berkata...

Cuba cabaran ini ditujukan juga pada pemimpin UMNo kan cantik, besederhana namanya bukan sebelah pihak jer

Tanpa Nama berkata...

ingat saudara Islam Rasulullah melarang kita buruk sangka sebelum menuduh apa apa. Tak pasal pasal dosa kering. So Tahniah buat azmin

PBO™ berkata...

pemimpin UMNO tak payah cabar sbb kita dah tau. kita cabar pemimpin baru kita untuk tujuan baik

PBO™ berkata...

hehehe sapa pula yang buruk sangka. cabar untuk dia jadi lebih baik dari pemimpin UMNO pun salah ke hai hai hai...

Tanpa Nama berkata...

Aku takut depapakai duit tu untuk parti dia orang....sebab...petugas-petugas dia orang bila buat kerja selalu nak duit.....macam UMNO juga...

Tanpa Nama berkata...

cabaran orang yang tak mauk akal?
Puak UG nie kalau buat benda tak masuk akal.