Ahad, 7 September 2014

Bukti RM1.5b untuk PPS

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan.

"Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?

"Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Pada 4 Sept, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan berkata dalam laman web Umno bahawa secara keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.

Lim berkata kerajaan negeri memberi Zainal Abidin tempoh tiga hari untuk membuktikan dakwaan beliau, jika gagal tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri bersedia membawa kes itu ke mahkamah untuk melindungi PPS yang ditubuhkan empat tahun lalu selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat exco negeri.

Pada 31 Ogos, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: