Mahathir sebenarnya semakin meragui pentadbiran Najib yang lebih banyak menumpukan kepada persoalan membina imej berbanding untuk memfokuskan kepada mentadbir dan memulihkan ekonomi negara.
Seperti kata bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Mahathir akan menggasak pentadbiran Najib yang kebanyakannya menyerahkan kepada orang lain dalam menjalankan tugas pentadbiran. Sebaliknya Najib lebih banyak ke luar negara menghabiskan masa bersama orang di sampingnya untuk bersiar-siar dan ada juga yang menyatakan bahawa Najib tunduk kepada kehendak isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan cukup suka membeli-belah di luar negara. “Dia suka (sambil menunjukkan signal tangan ada cincin-merujuk kepada isu kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke negara ini suatu masa lalu membabitkan Rosmah), ini yang menyebabkan Tun (Mahathir) marah dan tidak lagi me nyokong pentadbiran Najib,” kata Muhammad Taib semasa satu sesi wawancara khas di Harakah baru-baru ini.
Muhammad Taib yang menerajui Selangor lebih 10 tahun sangat kenal dengan corak pentadbiran Mahathir yang baginya sangat particular (teliti) dalam menjalankan urusan pentadbiran, berbanding Najib yang tidak keruan.
“Saya ingat pada satu ketika saya menjadi MB Selangor, Tun (Mahathir) ini dia suka memandu ke sana ke mari untuk melihat keadaan rakyat dan melihat fasiliti. Andai ada bus stop (hentian bas) yang rosak, dia akan segera hubungi saya dan berkata, Mat hang tengok ada yang tak kena dengan bus stop ini, hang baikilah (dalam loghat kedah).
“Ini cara Mahathir mentadbir, dia sangat particular, dan sangat cerewet hingga kami dahulu komi ted untuk bekerja dan mentadbir dengan baik. Masa Tun dulu tiada rungutan di kala ngan komponen BN atau sebagainya,” kata Muhammad Taib yang pernah menerajui Kementerian Luar Bandar satu ketika.
Berbalik kepada soal penyusunan kabinet, berdasarkan kekhuatiran Ma hathir melihat kepada pentadbiran Najib, sumber Umno pula menyatakan Najib kini dalam dilemma sama ada mahu mengekalkan beberapa tonggak Mahathir dalam kementerian tertentu atau terus menutup ruang mereka ini untuk menjadi ‘api dalam sekam’ yang boleh menghancurkan pentadbirannya.
Kata sumber itu, penyusunan kabinet kali ini sangat sukar dilakukan Najib dalam masa yang sama Najib berdepan dengan krisis kepercayaan di kalangan anggota kabinet yang ada hari ini.
“Susah untuk Najib ramalkan siapa sebenarnya menyokong beliau selain Hishammuddin, Shafie Apdal dan beberapa muka baharu.
Mungkin Khairy Jamaluddin akan menyo kong Najib dan dilihat sangat efisyen dalam tugasnya selaku Menteri Belia dan Sukan. Selainnya Najib hampir pasti akan melakukan rombakan besar, dan terdapat nama yang bakal digugurkan kerana kebimbangan Najib terhadap sebarang unsur sabotaj selepas ini,” kata sumber itu.
Antara yang bakal menjadi fokus adalah bagaimana Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikatakan akan menerajui Kementerian Kewangan, dan Mahathir pastinya tidak yakin dengan kebolehan sepupu Najib itu menerajui kementerian yang penting.
Dalam masa yang sama ayam tambatan Mahathir iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dikakatan bakal menerima nasib yang sama seandainya Najib mahu menutup terus ruang Mahathir mencelah dalam pentadbiran Najib.
“Setakat ini Najib berdiam diri dan tidak mahu balas serangan bekas PM itu. Saya tahu sebab jika dia balas, akan ramai lagi konco Mahathir menyalak dan akan mengkritik dan terus mengkritik Najib hingga ahli Parlimen Pekan itu undur diri seperti yang berlaku pada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007 hingga 2009,” kata sumber dalaman itu.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan