Formula ini juga dicadangkan memandangkan kepada keluhan dan keresahan rakyat yang menjadi pengundi di Selangor yang kesal atas apa yang berlaku. Tidak dapat siapa nafikan bahawa rakyat Selangor khasnya pendokong Pakatan Rakyat sedih, kesal dan geram dengan apa yang berlaku. Mereka hadir dari berbagai lapisan masyarakat dan etnik.
Setiap individu yang berjumpa dengan saya, yang menghubungi saya, baik kakitangan kerajaan, pensyarah, profesor, pekerja boroh, maupun ahli politik semuanya menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Semuanya bertanya apakah tidak ada jalan penyelesaian dan sudah habiskan ikhtiar bagi menyelamatkan keadaan.
Perkembangan dari detik ke detik yang mereka mengikut tidak memberi kelegaan kepada mereka. Tdak ada tanda-tanda ia akan selesai dengan baik. Serbaliknya semua melihat ia semakin meruncing dan seakan Pakatan Rakyat sudah mahu tenggelam. Siang tadi saya menghadiri beberapa majlis, kenduri, majlis pertemua mata anak Kelantan dengan pemimpin dan lain. Setiap individu yang kenal saya menghampiri saya dan bertanyakan hal Selangor.
Masing-masing mengeluh dan melahirkan rasa kesal. Manakala pagi-pagi seorang pemanggil menangis di hujung telefon kerana kesal dan marah ke atas apa yang berlaku. Paling merujakan saya, pemanggil itu memaki hamun dan menyumpah-nyumpah seorang pemimpin. Katanya, saya tidak tengok telivisyen dua tiga malam ini kerana benci melihat wajah seorang pemipin. "Entah sebut dan tulislah nama dia dalam blog enta," katanya.
Begitulah gambaran histerianya rakyat mengenang apa yang berlaku di Selangor kini. Tidak terlupa sebelum itu dua hari lepas ada seorang Adun melefon saya menyatakan hal yang sama. Beliau sedih kerana sayang kepada Pakatan Rakyat yang berpotensi untuk menjadi kerajaan Malaysia jadi berkecamukan kini. Katanya nasib rakyat di Selangor hari ini tidak ubah seperti burung imigran yang berterbangan di angkaraya untuk mencari tempat perteduhan dan perlindungan.
Dengan apa yang berlaku di Selangor kini menyebabkan mereka (rakyat) hilang punca dan tidak tahu ke mana untuk berlindung lagi. Maka itulah mereka jadi seperti burung imigran yang berterbangan ke hulur ke hilir untuk mencari tempat persinggahan. Kalau dahulu mereka melarikan diri dari Umno kerana serit dan perit dengan parti itu, kemudian singgah di dahan Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat pula sedang menuju ke hancuran. Mereka menjadi keliru dan bingung.
Pakatan Rakyat seperti tidak dapat memberi perlindungan kepada mereka lagi. Jadi kini mereka terbang kembali untuk mencari kloni perteduhan baru. Ke mana mereka akan pergi dalam keadaan berkucar kacir kini, tanya Adun itu. Dua dahan yang mereka merasakan selamat untuk berlindung, iaitu Pas dan PKR kini sedang menuju keruntuhan dan kehancuran. Kedua-dua parti itu akan hancur sekiranya krisis yang berlaku kini gagal diselamatkan.
Apa diriaukan ialah kerana musibah hari ini menyebabkan kawana imigran itu tidak ada pilihan lain lagi melainkan mereka akan kembali terbang menyinggahi dahan lama bernama Umno semula untuk berlindung. Mereka terpaksa walaupun serit dan perit kerana kedua dahan baru Pas dan PKR dirasakan tidak selamat untuk mereka. Inilah yang menyedihkan pemimpin berkenaan menyebabkan dia sebak di hujung telefon dan marah kepada kedegilan pemimpin daripada menghentikan perbalahan dan pertelingkahan hari ini.
Berbalik kepada formula bodoh yang hendak saya kemukakan tadi, dibuat kerana tampaknya PKR dan Pas tidak menemui jalan damai dan penyelesaian. PKR tidak mahu mengalahkan tetap mahukan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor. Parti itu tidak mahu mengalah kerana demi maruah. Manakala Pas pula tetap berkeras (sebenarnya Abdul Hadi dan Mustafa Ali dengan dibantu ahli majlis syura ulamak) tidak mahukan kepada Wan Azizah. Dalam masa sama juga Pas main kilas tangan dengan mengharapkan Adun mereka dipilih oleh sultan menjadi MB.
Jadi kedua-duanya tidak ada jalan damai dalam soal ini. Justeru apa kata kalau mereka bertenang sekejap dan berfikir macam beruk dikepung bajir dan api, duduk atas tunggul kayu. Berfikir mencari penyelesaian untuk menyelamatkan keadaan. Formula saya ialah jawatan MB diberikan kepada Wan Azizah. Apa lagi kata mengikut alasan Abdul Hadi penolakan Azizah bukan soal gender tetapi soal kemampuan. Jadi apa salahnya kalau jawatan itu diserahkan kepada Azizah sebagai ujian.
Manakala sebagai imbuhan atas penerimaan Pas itu, PKR dan DAP perlu bersetuju untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar dan ianya diperuntukan kepada Adun Pas. Biarlah MB daripada PKR dan TMB daripada Pas. Tidak pelik kalau diwujudkan jawatan TMB kerana ia pernah dipraktikan di Selangor. Mungkin budak-budak penjolak buah cempedak tidak mengetahui dan memahami hal ini.
Katakan Azizah kekok dan tidak sesuai untuk mengiringi Sultan ke sesuatu majlis maka TMB boleh memgambil alih peranan itu. Rasanya inilah formula terbaik yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Manakala DAP berilah Exco kanan sebagai menghormati persahabatan dalam Pakatan Rakyat. Formula ini boleh diterima kalau kedua masih ada rasa sayang dan menghormati perngorbanan rakyat yang memilih mereka.
Formula ini juga semata-mata untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan merawat hati rakyat yang kini sedang senak dengan ulah para pemimpin yang gagal menemui jalan penyelesaian. Anih juga kenapa sampai begitu buntu dan gelap sekali minda pemimpin bagi mengatasi masalah ini.
Bagi saya formula ini sangat adil dan ianya praktikal. ~MSO
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan