Ahad, 7 September 2014

Abdul Hadi nak kata dia hebat berpolitik?


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli mengambil iktibar peristiwa kejatuhan Kerajaan Terengganu dan Kelantan sebelum ini bagi mengelak berlakunya ‘krisis dalaman’ dalam parti itu.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan, krisis politik yang berlaku di Selangor bukan masalah Pas, sebaliknya masalah rakan dalam pakatan yang terpaksa dipikul secara bersama.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli agar berwaspada dengan gelombang politik yang sedang berlaku dalam PR di Selangor dan tidak mengambil tindakan bodoh hingga merosakkan ‘bahtera’ dibina parti itu.

“Mereka yang baharu mengikuti Pas akan merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang mabuk laut, yang pening. Namun, saya mengikuti Pas sejak 1950-an dan menyaksikan krisis menjatuhkan Kerajaan Terengganu pada 1961 serta Kerajaan Kelantan pada 1978.

“Pas sendiri menerima masalah, masalah dalaman kita sendiri sehingga menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis dialami Pas seawal ditubuhkan sebelum merdeka,” katanya pada Program Dialog dan Penjelasan Isu Semasa di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, di sini, petang kelmarin.

'Krisis ini baru sedikit'

Abdul Hadi berkata, krisis dalam Pas berlaku sejak menjelangnya pilihan raya pada 1955 ketika Pas kehilangan presiden pertama yang keluar parti, diikuti setiausaha agung yang keluar parti pada 1960-an.

Katanya, peristiwa pada 1978 di Kelantan pula menyebabkan tujuh hingga lapan pimpinan Pusat keluar parti, namun Pas tetap utuh dan tidak jatuh.

“Apa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat. Kepada mereka yang baharu hendak belajar politik, sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor, bukan masalah kita, tetapi masalah dibuat rakan kita, yang kita terpaksa tolong untuk memikulnya,” katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, Pas sebelum ini sudah membuat keputusan untuk menyerahkan Kerajaan Selangor kepada PKR.

Namun katanya, masalah mula timbul apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan seorang yang kedekut.

“Rakan kita dalam PR berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih, tidak ada ruang bagi kerajaan Pusat untuk menghentam kerana tiada kesilapan dan kesalahan.

“Malah, saya jumpa beliau (Khalid) dan beliau kata duit Selangor bukan duitnya, itu duit rakyat. Dia tidak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenangnya, mesti mengikut peraturan.

“Pas memilih dan menyokong Khalid jadi menteri besar kerana amanahnya. Ini sangat penting dalam memerintah kerajaan negeri, kita berpengalaman di Kelantan lebih 20 tahun. Di Kelantan, Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jadi Menteri Besar,” katanya.

Kecewa ahli lupa peranan Pas


Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, beliau kecewa kerana ada ahli yang lupa bahawa Pas sudah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun.

“Kita lupa peranan Pas di Kelantan kerana kita ingat Selangor yang baharu sepenggal. Kita memerintah Kelantan dalam keadaan tiada hasil negeri, negeri yang miskin dengan pendapatan tidak banyak, boleh memerintah lebih 20 tahun.

“Pulau Pinang hasilnya banyak dan kaya, Selangor hasil banyak baharu sepenggal, nak masuk dua penggal. Ada orang kita berasa ‘ek’ (berlagak), orang Pas berasa ‘ek’. Mengapa kita tak berasa ‘ek’ (kerana) memerintah Kelantan?

“Sepatutnya kita sedar kerana kita baharu nak belajar politik termasuk melantik pemimpin yang baharu hendak belajar politik. Ini masalahnya,” katanya.

Calon perlu berkelayakan

Abdul Hadi menegaskan, dalam memilih pemimpin sebagai ketua kerajaan, calon terbabit perlulah berkelayakan dan memenuhi hukum Islam.

Menurutnya, antara syarat lain untuk menjadi pemimpin adalah calon perlulah seorang yang layak dan mampu memikul jawatan sebagai ketua kerajaan.

“Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut, yang bermaksud, barang siapa mewakilkan urusan orang Islam, dia melantik seseorang Islam memegang jawatan bukan kerana kelayakan dia, tetapi kecenderungan dia kerana sebab puak dan bukan kerana kebolehan, ALLAH SWT tidak terima tebusan duit sehingga diseret ke dalam neraka jahanam," katanya.

Justeru kata beliau, kesepakatan dalam PR perlu berpegang pada asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Kita perlulah berpegang bahawa PR berpijak pada asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan. Pertama, mendukung demokrasi; kedua, memegang konsep dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan dan ketiga, raja berperlembagaan.

“(Raja) ada peranan dia. Saya bukan fanatik dan taasub kepada raja. Tapi akhlaknya kena begitu. Tambahan pula, akhlak kita orang Melayu dan Islam. Kita kena faham.. sebab itu, ahli kena faham dalam hal macam ini,” katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hadi seorang pemimpin benggong dan syok sendiri dari dulu sampai sekarang. Orang ganu kata BODOH SOMBONG !!!!!