Pemuda Gerakan hari ini berharap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali akan mengotakan janjinya dan menarik balik sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya Putrajaya tetap dengan keputusan memansuhkan Akta Hasutan.
Ketuanya Tan Keng Liang (gambar) mengalu-alukan amaran ketua badan bukan kerajaan yang memperjuang hak Melayu itu untuk tidak mengundi Umno-BN, menyifatkannya sebagai satu berita baik.
"Pemuda Gerakan mengalu-alukan kenyataan presiden Perkasa itu kerana ia berita baik buat BN. Kami tiada masalah sekiranya Perkasa bercadang menyokong Pakatan Rakyat (PR) secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Gerakan merupakan salah satu daripada parti komponen BN.
Menurut Tan, sayap pemuda parti itu menyokong komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta zaman penjajah itu dan berkata ia satu tindakan progresif buat Malaysia.
"Selepas pemansuhan Akta Hasutan, kita harap presiden Perkasa akan mengotakan janjinya. Dan kami akan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih," katanya.
Semalam dalam sidang medianya Ibrahim memberi amaran untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan tetap dengan keputusannya. Beliau menyifatkan Umno-BN tidak ada bezanya dengan PR sekiranya Putrajaya tunduk pada tekanan supaya akta tersebut dimansuhkan. Najib semalam mengulangi pendirian membubarkan akta itu dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, tetapi ia bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdahulu yang mengatakan Putrajaya tidak pernah berjanji melakukan demikian.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan