Khamis, 21 Ogos 2014

Lagi TS Khalid Ibrahim dilondekan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie (pic) menafikan sekeras-kerasnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.1 juta kepada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Shuhaimi berkata, dakwaan Presiden Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring itu langsung tidak berasas.

Ini kerana, setiap peruntukan kepada Adun akan diusulkan dalam sidang DUN ketika sesi pembentangan belanjawan negeri.



"Kalau betul Khalid ada salurkan peruntukkan RM1.1 juta, sudah tentu Adun akan tahu, tapi kenapa kita tidak tahu? Sebab, segala peruntukkan memang diumumkan dalam belanjawan ketika sidang DUN. Itu prosedur biasa bagi mana-mana negeri pun," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Shuhaimi berkata pada pembentangan belanjawan 2014 di sidang DUN November lepas, Khalid mengumumkan setiap Adun diberikan peruntukan sebanyak RM600,000, manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) diberi RM800,000.

"Itu sahaja yang diberikan. Tidak ada peruntukan tambahan. Sama juga tahun lepas, kita diberi dana RM500,000 dan tambahan sebanyak RM100,000. Tapi tahun ini memang tidak ada tambahan," katanya.

Katanya, semua peruntukan itu juga tidak terus diberikan kepada Adun kerana mereka terpaksa memohon kepada pejabat daerah terlebih dahulu untuk setiap kelulusan dana bagi sesuatu projek atau program kemasyarakatan yang hendak dilaksanakan.

"Bagi saya, itu satu pembohongan untuk memburukkan PKR yang kononnya sengaja melakukan begitu demi menjatuhkan Khalid," katanya.

Terdahulu, ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mazli mendakwa Khalid banyak membantu parti dengan menyalurkan dana bagi program atau aktiviti kemasyarakatan, termasuk RM1.1 juta kepada pusat khidmat DUN di Selangor.

"Ramai tidak mengetahui bahawa Khalid sebenarnya banyak membantu parti dengan memberi banyak peruntukan, contohnya di pusat khidmat DUN, beliau meluluskan sebanyak RM1.1 juta.

"Itu boleh disahkan sendiri pegawai pejabat daerah, tapi ramai yang tidak tahu, sebab perkara begini memang Khalid tidak suka hendak hebahkan.

"Dan Adun juga mereka sengaja diamkan, untuk memberi gambaran Khalid ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti. Walhal, dengan semua peruntukan itulah mereka membayar sewa pejabat termasuk pekerja yang terdiri daripada ahli parti sendiri," katanya.

Mazli turut berkata Pasmeb akan terus menyokong Khalid sehingga akhir penggal meskipun kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Justeru itu, katanya sekumpulan 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan mempertahankan pentadbiran Khalid sehingga penggalnya berakhir.

Mazli berkata NGO tersebut kecewa apabila kerajaan Pakatan Rakyat memecat Khalid, sambil berkata Khalid cemerlang dalam tugasnya mentadbir negeri.

Beliau berkata gerakan itu bakal mengadakan aktiviti seperti menghantar memorandum, berhimpun di bangunan kerajaan negeri Selangor, mengadakan solat hajat dan forum di setiap 56 DUN Selangor.

Antara NGO terbabit ialah Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (Aras) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan.

Selain itu gerakan itu juga menuntut sekiranya Sultan Selangor memperkenankan penukaran MB, calon itu mestilah anak jati Selangor. – 20 Ogos, 2014.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: