Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat bagi menimbulkan kemarahan.
“Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu daripada ‘cybertrooper’ yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional.
Di laman Twitter, Rafizi menunjukkan gambar anaknya yang comel bersama kucing mereka, Kristi yang didakwa blogger Umno sebagai ‘Wanita Inggeris’.
“Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan. Saya terkejut melihat mereka yang cenderung kepada PR turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya,”
“Saya terkejut cepatnya rakyat Malaysia, malah yang cenderung kepada PR, percaya kepada perkara karut tanpa usul periksa. Semaklah perawi dahulu dan gunakanlah akal yang Allah kurniakan,” katanya dipetik daripada laman Facebooknya.
Beliau berkata demikian ekoran penyebaran dokumen palsu bertajuk “Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya’ yang mula disebar di internet hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata adalah melucukan jika ‘strategi besar’ ditulis dalam satu dokumen. Malah dakwaan di dalamnya juga banyak menimbulkan keraguan dan jelas merupakan dokumen palsu.
“Penulisnya dilihat tidak berapa mahir dengan bahasa Inggeris. Kalau pun itu dokumen sulit, sepatutnya ditulis “P&C” bukannya “Eyes Only”.
“Penulis seperti terkeliru di antara ISIS dan ISIL. ISIS itu think tank yang menyokong kerajaan, tidakkah jenaka apabila KEADILAN merancang konspirasi sulit dengan ISIS?,” soalnya.
Rafizi menambah, dokumen palsu itu jelas ditulis blogger Umno dan pernah pada satu masa mereka menuduh beliau mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita Inggeris bernama Kristi.
“Mereka tidak tahu Kristi itu kucing saya. Saya tidak terkejut mainan Umno itu,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62526
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Ini reverse pscho la...strategi lapuk...strategi israel...dia yg sengaja sebar dokumrn palsu pastu fitnah org lain nk fitnah pkr...come on man....we semua knw rakyat dh muak dgn gelagat pkr dlm isu mb...so klu nk pulih blk tu...brrpada2la..
Catat Ulasan