Selasa, 3 Jun 2014

Dyana Sofya akan tinggalkan DAP?

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim percaya Dyana Sofya Mohd Daud akan meninggalkan parti itu apabila dia menyedari ia bukan
satu parti berbilang kaum ", lapor Bernama.

Tunku Aziz berkata beliau membuat ramalan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri dan tempoh dalam parti yang disertainya selama hampir empat tahun.

Beliau menyertai DAP pada Ogos 2008 dan meletak jawatan seterusnya mengumumkan keluar parti itu pada Mei 2012.
{baca lagi klik butang papar ... }



"Jika dia menyedari bahawa ini bukan sebuah parti berbilang kaum, ia terpulang kepada beliau (untuk meninggalkan parti). Beliau menyertai DAP mempercayai
segala-galanya mengenai parti," katanya kepada Bernama.

Dyana Sofya , 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu
lawan satu bagi kerusi Teluk Intan.

DAP telah memenangi kerusi itu dengan 7313 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim percaya Dyana Sofya Mohd Daud akan meninggalkan parti itu - Gambar Fail Ketika ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP
adalah sama dengan beliau, Tunku Aziz menjelaskan beliau telah dijemput untuk menyertai parti itu bukan untuk kedudukan atau platform tetapi untuk melawan
rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah tetapi tidak menentang kerajaan seperti apa yang mereka telah lakukan. Saya menyertai demi negara ini dan masyarakat,"
Bernama memetik beliau sebagai berkata.

Ketika bersama DAP, Tunku Aziz dilantik sebagai naib presiden parti itu dan pada 31 Mei 2009, beliau telah dilantik sebagai senator mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya daripada parti dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih
3.0. yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: