Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru.
Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.
Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.
Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?
Kalau pun boleh dianggap istimnewa apa yang Najib perolehi dari melawat Tokguru sakit, ialah gambar beliau sedang ziarah Tokguru di katil hospital kemudian gambar itu dijadikan modal politik pada setiap kali pilihan raya kecil. Ertinya kunjungan Najib semasa Tokguru sakit adalah untuk dijadikan modal politik bagi menunjukkan dia seorang yang baik dan penuh simpati.
Apakah Muhyiddin juga mahu bergambar dengan Tokguru atas pengertian sama bagi dijadikan kenangan kemudian dapat dijadikan modal politik? Atau beliau akan gah menceritakan kepada orang lain bahawa beliau boleh mendekati Nik Aziz yang bagi Umno seorang tokguru seekor singa yang keras dan pongah. Jadi Muhyiddin ingin bermegah dengan kunjungan itu kerana ia dapat menjinakkan sang singa bengkeng? Berita Harian yang dikenali dengan akhbar kroni Muhyiddin memberi laporan luas tentang kunjungan itu. Biasanya apabila sesuatu isu dimainkan dalam media demikian rupa adalah matlamat dan tujuan yang terselit di sebaliknya.
Apabila tiba-tiba Muhyiddin terbuka hati untuk mengunjungi Tokguru walaupun tanpa diundang(?) ia boleh dipersoalkan. Bahawa kedatangan Muhyiddin itu mungkin ada sebab-sebab dan tujuan tertentu. Kalau tidak ada sebab-sebab tertentu tidak mudah untuk Muhyiddin memohon 'maaf' kepada Tokguru. Jadi kunjungan itu bolehlah dianggap sebagai suatu apolegitk bagi Muhyiddin.
Muhyiddin mengunjungi bekas MB Kelantan itu selepas beliau mencadangkan agar diadakan jawatankuasa teknikal mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kedatangan Muhyiddin itu dengan membawa semangat menyokong hukum hudud tentulah mengembirakan orang yang sudah sekian lama inginkan hukum Allah itu dilaksanakan. Lagi pun dalam Islam menganjurkan agar tetamu dan musafir diberi layanan yang baik. Dan Tokguru Nik Aziz sangat menitik beratkan hal ini.
Bagi saya, kalau kunjungan itu bermotifkan politik, ia sedikit pun tidak akan menjejaskan pendirian dan prinsip Tokguru. Kalau ada rasa bimbang Tokguru terpedaya dengan terjahan politik Muhyiddin ia adalah ilusi yang jahat. Anti bodi politik Tokguru begitu kuat dan sudah teruji sejak berdekad lalu. Dalam melayani Umno Tokguru bersifat macam jinak-jinak merpati, yang boleh didekati tetapi tidak boleh dijamah.
Bagi saya penerimaan Tokguru itu tidak perlu dibimbang langsung kerana Tokguru tahu dan arif mana bayangan dalam cermin dan mana bayangan dalam air yang jernih. Beliau masih waras dan dapat menilai perbezaan di antara tebu dengan teberau, ikan keli dengan limbat dan ayam dengan itik.
Persoalan kenapa Muhyiddin datang. Bukahkah dia tahu pendirian dan sikap Tokguru? Dan dia juga tahu bahawa hudud itu bukan sesuatu yang menjadi agenda Umno. Malahan Najib sendiri sudah menegaskan bahawa "no hudud in Malaysia," dan semasa berucap di satu himpunan dihadiri para ustaz dan lebai di Alor Star, Najib berkata, dia tidak menolak hudud, tetapi masa untuk melaksanakannya masih belum sampai.
Apakah Muhyiddin tidak dapat membaca mesej Najib itu? Bukahkah penjelasan Najib itu menjawab hiru pikuk mengenai cadangan kerajaan Pas hendak membawa RUU persendirian (private bill) ke parlimen untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Umno juga akan berdepan dengan MCA dan Gerakan yang menentangnya sekiranya Najib menyokong hukum. MCA dan Gerakan juga sudah memberi kata dua kepada Najib kalau RUU itu diterima, kedua parti itu akan mengkaji balik kedudukan dalam BN. Najib dan Umno akan menerima padah besar. Justeru kehadiran Muhyiddin itu bukan sangat untuk menyokong hudud, tetapi ada maksud lain di sebaliknya. Dia tahu Najib tidak akan tukar di antara hudud dengan sokongan politik bukan Islam.
Bagaimana pun kunjungi Muhyiddin yang lengkap dengan berkopiah putih itu sambil mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa teknikal, disanjungi oleh sesetengah orang dalam Pas. Orang Pas yang mengira dengan terlaksananya hudud semua masalah akan selesai, menyambut kedatangan Muhyiddin itu bagaikan dewa. Dan sebagai tetamu Muhyiddin hari itu dijamu dengan kueh jala, akak di rumah Tokguru.
Muhyiddin sudah tentu disanjung oleh mereka yang mahu melihat hudud tertegak dengan cara berkongsi dengan Umno. Pihak yang membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka, percaya Muhyiddin ikhlas dengan hudud. Muhyiddin telah mendapat untung politik untuk dirinya. Muhyiddin sangat mengharapkan itu kerana dalam masa sama beliau mahu memberi tekanan psiologi kepada Najib. Dalam era pertarungan Muhyiddin teringin sangat dirinya dilihat lebih Islamik dari Najib. Imej itulah yang hendak diguna pakai bagi menekan Najib.
Tidak boleh ditolak pemergian Muhyiddin ke rumah Tokguru itu mungkin atas cadangan Dr Mahathir Mohamad. Umum tahu di dalam Umno sendiri apa yang sedang Mahathir rancang dan gerakan bersama Muhyiddin iaitu untuk menumbangkan Najib.
Kerana memahami situasi itu kedatangan Muhyiddin ke Pulau Melaka itu kononnya atas inisitiaf Muhyiddin perlu dipertikaikan. Ia adalah kedatangan yang diatur dan dirancang demikian rupa. Sudah tentu sudah ada persiapan dan jadual rapi untuk tujuan itu. Kalau mengikut Tokguru Nik Aziz yang mengatur kedatangan Muhyiddin itu adalah anaknya Nik Abduh sendiri.
Ini tidak menghairankan kerana apabila dipadan dengan sebuah cerita dari Kuala Lumpur, ada sekumpulan orang Pas berjumpa dengan Muhyiddin lebih dari empat kali. Apakah perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan untuk membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka. Dan lebih tidak seronok lagi, terdengar pula khabar ada kata-kata sekiranya projek hudud itu sukses dua orang ahli parlimen dari Kelantan akan diberi sagu hati besar?
Cerita-cerita yang belum terdedah dan sampai ke telinga saya, kunjungan Muhyiddin itu bukan disengajakan. Ia adalah satu penjadualan yang lengkap yang diatur dari Kuala Lumpur.
Persoalannya kini bagi rakyat jelata sejauh manakah kunjungan Muhyiddin itu berjaya? Apa jadi sekiranya Najib memberi pandangan lain bertentangan dengan apa yang Muhyiddin sebutkan kepada Tokguru dalam pertemuan empat biji mata itu? Najib boleh mengubah kata-kata Muhyiddin kepada Tokguru dan janjinya kepada pihak lain kerana Najib masih berkuasa dan dia adalah perdana menteri.
Sekiranya Najib menyedari ini dan tidak tahu bahawa Muhyiddin sedang memasang jarum untuk melalaikan menerusi Pas (hudud) atas nasihat Mahathir sendiri, maka satu keadaan kucar kacir akan berlaku. Tunggulah.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Saya rasa tulisan ini tuan tidak akan siarkan.Tapi cukup sekadar meluahkn dari hati seorang ahli PAS!
Apa masaalahnya seorang islam menziarahi ssaudara islamnya seperti yng di lakukn TPM?
Saya tak faham sesetengah ahli PAS lebih buruk hatinya dari orang umno dalam waktu yng sama berbangga merasakn dirinya lebih islam hanya kerana mereka telah mengisi borang menjadi ahli PAS.
Kenapa kedatangan TPM tidak di pandang sebagai satu peluang untk PAS berdakwah kpdnya klu PAS rasa lebih islam dari TPM?
Tapi lihatlah penulisan di sini penuh dgn buruk sangka!
Inikah mentaliti islam yng di banggakn PAS?
salam..perkara yg tak jelas lebih baik berprasangka baik.. apapun niat seseorang itu biarlah dia dan Allah tahu..kejaguhan manusia akan dimamah usia dan akhirnya titik kematian pengakhiran segala..jgn sajikan kpd masyarakat umum perkara yg tak jelas tanpa bukti yg kukuh n akhirnya menjadi fitnah..berhati2lah....
Muhyiddin merupakan pemimpin yg tidak boleh dipercayai, suka bercakap berdolak dalik dan mengelirukan dgn suka mengeluarkan kenyataan yg tidak konsisten
Dalam hal ini.. diingatkan supaya orang islam tidak masuk ke dalam lubang biawak untuk ke berapa kalinya....
Sampai bila pas nak kena main dengan umno..... nak bincang hukum hudud konon...kalau umno ni mahu dah lama hudud berjalan..
Lebih baik bincang tentang royalti minyak di kelantan.... dan hal belia2 islam dah habis rosak akhlak dengan dadah dan zina... apa program umno buat....dan pas buat....
Catat Ulasan