Sabtu, 3 Mei 2014

PLUS umum berita gembira kepada seluruh isi alam Malaysia

Walaupun PLUS dalam satu laporan portal bersetuju untuk menstruktur semula perjanjian TOL. Itu tidak bermakna TOL di lebuhraya akan lebih murah .. Kita mendesak agar kerajaan mengambil lebuhraya di Malaysia dan seterusnya menghapuskan kadar TOL. Kalau tidak semua, ambil lebuhraya yang sudah mencapai untung berlipat kali ganda dari harga kos pembinaan asal.

Cukup-cukup la tu weh ... pulangkan balik kepada rakyat, bukan terus menerus menyeksa rakyat. Kita harap pemimpin UMNO yang ada syer dalam PLUS tolong serah balik. Jangan jadi setan yang kelaparan.

Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (Plus), salah satu pemegang konsesi lebuh raya utama negara telah bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata penstrukturan semula itu dijangka membabitkan perubahan perjanjian yang lebih memihak kepada kebajikan rakyat.

"Plus telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu kadar tol melibatkan perubahan perjanjian...dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu majlis di sini, hari ini.

Mengulas antara kandungan penstrukturan itu, Fadillah berkata sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun, namun menerusi penstrukturan ini, jika Plus ingin membuat kenaikan kadar tol perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan itu.

"Jadi kerajaan akan mempertimbangkan boleh atau tidak dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka," katanya. - Bernama

Jadi pemahaman awal kita, tidak semestinya dengan perjanjian baru, harga tol tidak akan dinaikkan. Cuma kalau nak naik kena minta 'izin' bapak-bapak Menteri.

Nanti jawab bapak Menteri, kami belum kenyang lagi ...!!

~penburukonline.blogspot.com



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: