Rabu, 14 Mei 2014

(UPDATE) Perkembangan terkini politik Terengganu | Mei 2014


PERJUMPAAN TERGEMPAR KRISIS POLITIK TERENGGANU MALAM INI

{baca lagi klik butang papar ... }
PAPAR

Terkini: Jumlah ADUN keluar UMNO menjadi 3 orang

| terbaru ADUN Bukit Besi pula , Roslee Daud pula umum keluar UMNO dan menjadi calon bebas.
{baca lagi klik butang papar ... }
papar

Punca Ahmad Said keluar UMNO

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.
{baca lagi klik butang papar ... }
papar


TERKINI: PANAS!! Najib dah berpeluh ni


KUALA LUMPUR: Beberapa selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti
UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi
wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.
Beliau digantikan oleh
ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.
Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah,
Kuala Terengganu malam tadi.
Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.
Baki dua lagi adalah calon bebas.

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu yang baharu


KUALA TERENGGANU: Khabar angin bertiup kencang bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bakal meletakan jawatan pada sebelah malam ini dan diganti dengan ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Sehubungan ini, selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14, Baginda Tuanku telah memperkenankan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, ADUN Seberang Takir sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu berkuatkuasa dari tarikh beliau mengangkat sumpah," petik draf kenyatan media yang dipercayai daripada Pejabat Perdana Menteri.

Istiadat perisyiharan perlantikan dan lafaz sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dikatakan bakal berlangsung pada jam 8.00 malam ini di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Ahmad Said dikatakan telah berunding dan menandatangani surat perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas PRU-13 untuk menyandang jawatan Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.

Najib dikatakan kecewa dengan prestasi Ahmad Said yang sekadar memenangkan BN dengan 17 kerusi berbanding PAS dengan 15 kerusi. Seorang lagi Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad sebelum ini turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar.

KAMI RAKYAT PUN KECEWA DENGAN PRESTASI NAJIB. HUTANGBERLAMBAK, RAKYAT SEMAKIN TERHIMPIT. LEKAS LETAK JAWATAN!!

MB baru dapat perkenan Sultan kata Najib


KUALA LUMPUR 12 Mei - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

"Baginda telah memperkenankan pelantikan ADUN Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.

Najib berkata, pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.- BERNAMA



Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

  • Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu | Angkat sumpah MB baru malam ini

SEBELUM ini dalam satu laporan Ketua Penerangan UMNO Terengganu dalam satu video berkata, Najib tidak pernah berjanji apa-apa dengan Ahmad Said dalam soal tukar jawatan MB. Video tersebut sila

rujuk sini
Kalau kepala kaki penipu, ekor pun sama, tapi sedih lagi tahi macai kena tipu hehehehe

Lepas mi boleh la kita tengok poster 'natang' di negeri penyu tersebut.

Setiausaha UMNO sahkan isu letak jawatan

1>

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57.

"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.

"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu.

Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan p

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

elok benarlah tu, lg lame lg byk yang runtuh lps ni. keluar je masuk PAS.

XUMNO berkata...

Kalau masuk Pas, nanti Pas juga runtuh. Biar dia jadi penjaga zoo Kemamang lagi molek; tolong bagi makang bruang.

Tanpa Nama berkata...

Tengok ke gaye, percakapang, perbuatang dok herang sape2, ingatkang dang 10 tahun memerentoh, rupenye dak dang setahun setengoh dah kene sepak demo, letak jawatang konong. Kene terajang le tu. khabor la we. yang maha berkuasa dan maha besar hanyalah dia, ALLAH SWT.

bat8 berkata...

Dato Mat Said dan Adun Ajil dah keluar UMNO dan jadi Adun bebas. Surat perletakan boleh tengok kat webpage astro awani bahasa malaysia.

Tanpa Nama berkata...

guane tu.. Najib dah kena hahahahha biar mampos UMNO