Rabu, 14 Mei 2014

KRISIS TERENGGANU: ADUN tarik balik surat | Krisis dah selesai

Aku rasa sekejap sahaja isu ini sebab tak lama lagi,segala sandiwara dan 'rajuk' segera dapat ditutup.

Najib dan Muhyiddin pasti tidak akan membiarkan Terengganu jatuh ke tangan lawan.

Kalau sudah terdesak, apa sahaja akan dilakukan. Pujuk bererti macam cara. Janji bulan dan bintang serta segala macam. Macam nak pujuk anak kecil, kadang-kadang dibelikan mainan dan ais krim.

Yang ini pujuk orang besar, takkan ahli politik nak dibelikan aiskrim dan guna air liur juga. Tambahan ini UMNO beb .. lu fikir la sendiri
{baca lagi klik butang papar ... }



KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama

Susah nak cari ahli politik bermaruah dan berpegang teguh dengan keputusan. Lalang ditiup ke sana sini. Apapun mana maruah dan harga diri si poyo ni?
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: