Isnin, 19 Mei 2014

Bangsal tempat bapa lempias nafsu terhadap anak


Tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam. KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan
10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan
Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.
{baca lagi klik butang papar ... }



Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor,
di Dungun.

Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal
tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu.

Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam,
mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam.

Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing
lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: