Sabtu, 17 Mei 2014

Api misteri ganggu keluarga


SELAMA - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang, di sini, mendakwa hidup ketakutan kerana sering mengalami kejadian pelik selepas kematian
ketua keluarga itu Mac lalu dan gangguan tersebut dikatakan semakin menjadi-jadi sejak dua minggu lalu.

Nor Hafizah Ahmad, 29, berkata, kebelakangan ini kehidupan mereka kerap terganggu dengan kehadiran api misteri yang tiba-tiba muncul dalam rumah mereka.

Anak kelima daripada sembilan beradik itu berkata, pada mulanya ahli keluarganya termasuk ibunya sering kehilangan wang.

“Pada mulanya saya fikir, wang hilang berpunca daripada kecuaian saya sendiri, namun lama-kelamaan kerap pula duit hilang hinggakan kami sekeluarga berasa
pelik," katanya ketika ditemui semalam.
{baca lagi klik butang papar ... }



Nor Hafizah berkata, untuk mengelak insiden sama oberulang, ibunya berikhtiar dengan menaburkan lada hitam dan garam di sekeliling rumah mereka.

Katanya, selepas mencuba petua tersebut, kejadian pelik tidak lagi berlaku, namun ia hanya seketika apabila mereka kehilangan duit lagi pada hujung April
lalu.

“Ibu cuba 'pagar rumah' semula guna kaedah sama tetapi kali ini ia tidak berhasil dan ‘makhluk’ yang mengganggu kami mula mengamuk,” katanya.

Kesan tapak tangan ditemui pada cermin di rumah Nor Hafizah yang keesokan hari didapati

\Barang mula terbakar

Nor Hafizah berkata, selepas percubaan terakhir ibunya itu, barang-barang dalam rumahnya termasuk buku, pakaian dan barang plastik terbakar secara tiba-tiba.
hilang;

Katanya, insiden misteri itu sering terjadi pada waktu siang dan berlaku empat hingga lima kali sehari.

“Paling banyak adalah 11 kali dan sejak itu, rumah ini tidak boleh ditinggalkan kerana kami bimbang kebakaran lebih besar akan berlaku.

“Setakat ini kebakaran masih boleh dikawal tetapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk berlaku,” katanya.

Wanita itu berkata, dia kini tinggal bersama ibu, dua adik dan seorang anak saudara di rumah tersebut.

Katanya, alatan persekolahan anak saudaranya musnah terbakar dan mereka terpaksa membeli kelengkapan baharu untuk kanak-kanak itu.

“Selain kebakaran tercetus secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, beberapa barangan di dalam rumah ini juga pernah disepahkan,” katanya.

Nor Hafizah berkata, sejak diganggu api misteri itu, dia dan ahli keluarganya berusaha mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk menyelesaikan
masalah tersebut.

“Walaupun kejadian itu kini berkurangan, namun ia masih berlaku. Kejadian terbaharu adalah semalam (kelmarin). tiga kebakaran berlaku dan sejak kejadian
ini kami sekeluarga sentiasa berasa cemas dan fobia apabila terhidu bau hangit,” katanya.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: