ADUN Kuala Berang dan ADUN Pengkalan Berangan menunggu masa yang sesuai untuk keluar Umno?
ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada Umno dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas seperti tiga lagi wakil rakyat daripada parti itu yang berbuat demikian, lapor Bernama.
Manakala Berita Harian melaporkan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie dan ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad turut menafikan mereka akan mengikuti jejak langkah Ahmad untuk berhenti Umno.
Rosli memberitahu Bernama melalui telefon bahawa beliau masih bersama Umno bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.
Antara mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang daripada tiga wakil rakyat BN dari Umno yang keluar daripada parti itu dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil Bebas.
Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan awal hari ini keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Ini berikutan peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar semalam dan majlis mengangkat sumpah jawatan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baru malam tadi.
Dengan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu) dan tiga wakil Bebas.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan bekas menteri besar memberitahu Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya dua lagi ADUN dijangka meninggalkan Umno.
Mereka ialah ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan ADUN Pengkalan Berangan, Datuk A Latiff Awang.
Jika ia menjadi kenyataan, maka jumlah ADUN Umno yang menjadi Bebas meningkat kepada lima orang dan mengurangkan jumlah ADUN Umno di Dewan Undangan Negeri kepada 12 orang.
-malaysiakini-
DUN bakal dibubar, tidak rasmi sudah 6 orang ADUN keluar parti
Maklumat terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno telah menjadi YB bebas di Trg melibatkn Dun berikut :-
1. Dun kijal
2. Dun Ajil
3. Dun Permasuri (tidak rasmi / nafi)
4. Dun kemasik (tidak rasmi / nafi)
5. Dun Hulu Besut (tidak rasmi)
6. Dun Bukit Besi (rasmi)
Pembubaran Dun dan Pilihanraya Negeri bagi Negeri Terengganu di jangka akan diadakan dalam masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Terengganu SEKIRANYA mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Terengganu untuk membubarkan Dun ekoran 6 orang YB dari Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas. Kita berharap agar Duli Tuanku tidak memperkenankan pembubaran DUN.
Kedudukan Terkini Dun Bagi Terengganu
PAS/ PKR 15 Kerusi
UMNO 11 Kerusi
BEBAS 6 Kerusi
Jumlah Keseluruhan 32 Kerusi
TERKINI: ADUN Bukit Besi keluar UMNO
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.
Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.
Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.
Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.
Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3. -BH
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.
Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.
Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:
"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.
Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.
"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
15 respon:
tak sangka, ahli mereka sendiri membuat onar. akhirnya balasan Allah setelah peristiwa rampasan di Perak.
Alasan bangang... kalau mat said itu alasannya apa plk alasan bangang lain oleh ghazali?
mohon Tuanku Terengganu tidak perkenan bubar DUN. Serah kuasa pada yang majoriti
Letak jawatan lah muhasabah diri. Byk sngt kurang cakap n action cam budak2.Duit doh byok doh cukup ar xyoh rembat ar.InsyAllah akan lahir MB yg lebih baek
Adakah perbincangan MB Kelantan dgn PM tempohari ada kaitan dengan isu terengganu?
Cuba pas jgn masuk pakatan boleh ke memerintah.. berdiri sendiri ....
bagus le tu, umno roboh dan pas tenggelam...2X5.
cuba UMNO jgn masuk bn bleh tak perintah.... berdiri sendiri
cuba UMNO jgn bodohkan rakyat bleh tak memerintah... berdiri sendiri...
mat said keluar UMNO sebab xyakin dgn pimpinan UMNO sama mcm org PAS keluar pas sbb xyakin dhn pemimpin PAS...
ITU LA, datum Md said bersifat law an taukeh! Pemimpin sekarang talk bolih keras kepala.... . .jangggoman/kkb
Klu nk tau..alsan kenduri ank tu..semata2 alasan media shj.ahmad said kuar umno sb alasan ln.pe2 pn senario skng..rugikn umno.
Klu nk tahu knduri ank tu adlh alasn utk media shj.ahmad said dn individu ln kuar umno krna tdk stuju dgn cmpur tgn najib dlm krjaan tganu.
Jgn suka sangat...pas yg memerintah memang bagus...yg tak bagusnya..kena ikut telunjuk dap...fikirkanlah.
Ini la politik.. cerita mcm nak goyang kerajaan Selangor.. tp terangganu yg huru hara.. kecoh nak settle masalah rumah tangga org.. rumah tangga sendiri hancur.. perlu musabah diri.. apapun kita doakan yg terbaik utk Terengganu.. pepatah melayu cakap yg dikejar tak dapat yg digendong berciciran...
Bodoh ko ni. Keluarga lg penting beb-.!! Lg 4 ari nk knduqi.xreti ksian kt org kot
Kisah 3 abendul. Dgn do re mi. Katak. Lmpt p mai p mai.lama2 dlangar keta
Catat Ulasan