‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’ yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sharifah Sakinah pernah mencetus kontroversi di dada-dada akhbar.
Menegaskan bahawa tagline sedemikian adalah tidak sesuai digunakan, orang ramai mengecam tindakan tersebut dan mendakwa bahawa pelakon itu sengaja mahu mencari publisiti murahan.
Terkini, nama pelakon ini sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai apabila sekeping foto t-shirt berimejkan gambar payudara mula tersebar di media sosial dan dipercayai foto tersebut diperolehi daripada Instagramnya.
{baca lagi klik butang papar ... }
“Gambar itu sebenarnya dah lama, dalam hujung tahun lepas. Foto itu Sakinah repost daripada Instagram Jessica Alba dan ianya berkaitan dengan sebuah kempen kanser payudara. Tapi, disebabkan foto tersebut jadi kontroversi, Sakinah sudah padam foto tersebut.”
Menurut pengurusnya lagi, foto tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan t-shirt yang dikeluarkan oleh program kesihatan yang dikendalikan oleh Sakinah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
“Baju itu bukan daripada fitness Sakinah. Kalau baju tersebut daripada kami, sudah tentu akan buat photoshoot seperti t-shirt sebelum ini.
Saya pun pelik kenapa foto tesebut tiba-tiba tersebar semula di laman sosial sehingga menjadi perhatian media. Sebelum ini mereka bercakap dalam Instagram sahaja. Kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.”
Dalam pada itu, Sakinah yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Pekak dan telemovie arahan Michael Ang ini juga dikatakan bakal mengeluarkan produk penjagaan muka dan badan.
Dijangka dilancarkan pada bulan Jun, Sharifah Sakinah Active adalah produk yang direka khusus untuk individu yang aktif bersukan. sumber
0 respon:
Catat Ulasan