Sabtu, 26 April 2014

(Edisi bagus) Tarif air di Pulau Pinang bakal naik 20 peratus

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan.

Pengurus Besar PBAPP, Jaseni Maidinsa berkata, cadangan kadar kenaikan tarif air itu telah diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
{baca lagi klik butang papar ... }



Beliau berkata, berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di negeri ini akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan air dan mengelakkan catuan air.

"Bagi mengelakkan catuan air, kami berharap dengan tarif baharu air ini, kenaikan pada kadar purata 20 peratus bagi pengguna domestik akan dapat mengurangkan penggunaan air, yang merupakan penggunaan air tertinggi di negara," katanya kepada pemberta di pejabat PBAPP di sini hari ini.

Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama sebanyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter). - BERNAMA

PBO: MACAM TU KE NAK AJAR PENGGUNA JIMAT BEKALAN AIR DAN ELAK DICATU?
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: