Sabtu, 26 April 2014

Mahkamah Tinggi denda Saiful Apek RM2,500 kerana dadah

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek atas kesalahan
memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lalu.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, dijatuhi hukuman itu setelah Hakim Datuk Nurchaya Arshad mendapati dia bersalah atas
tuduhan tersebut sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang melepas dan membebaskannya sebelum ini.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap tiga lagi tertuduh, Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy
Mohamad, 30, yang merupakan pekerja di syarikat milik Saiful Apek, Gitu-Gitu Production .

Hakim Nurchaya memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010. - UTUSAN ONLINE

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL MENARIK


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: