Sabtu, 26 April 2014

Najib bagi 'green light' kepada hudud, tapi rahsia sudah terburai ..

UMNO tidak menolak hudud dan menyokong niat baik Pas untuk melaksanakannya dengan membentang usul mengenai hukum Islam itu di Dewan Rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan itu, UMNO sedia untuk mendengar penjelasan Pas berhubung usul yang ingin dibawa ke Parlimen.

"Majlis Tertinggi UMNO mengambil ketetapan menyokong kenyataan saya semalam bahawa kita tidak menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

"Cuma kita hendak tahu apa cadangan Pas kerana sehingga ini kita belum dapat penjelasan tapi kita sedia terima apa cadangan Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Umat Islam di Malaysia belum sedia laksana hudud - Tun Mahathir



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau melihat umat Islam di negara ini belum bersedia melaksanakan hukum hudud.

Katanya, ini kerana pihak yang ingin melaksanakan hudud itu tidak mengutamakan soal keadilan yang ditekankan dalam Islam, sebaliknya melaksanakan hudud mengikut cara mereka sendiri.

"Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan baik, tetapi kita tidak boleh beri kuasa untuk menghukum kepada orang yang tidak faham tentang keadilan yang disebut dalam al-Quran.

"Dalam Islam bukan hukuman berat yang diutamakan," katanya selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Tambahnya, beliau tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa tidak adil berlaku perbezaan hukuman antara umat Islam dan bukan Islam bagi kesalahan yang sama. - BERNAMA

PBO: ????

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: