Kata dia;
“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.
Besar sangatkah keuntungan syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia hinggakan pak Menteri sangat cemburu?
Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion.
Tengok tu angka billion ringgit kan...? Banyak angka kosong kosong kosong tu kan???
Jadi sekarang mari kita tengok macam mana puak-puak lintah darat ni sapu duit pengguna dalam tidak rela.
Ini dari pengalaman aku menggunakan kesemua jenis tiga rangkaian gergasi telekomunikasi ni.
- kesemua syarikat, bila pengguna buat panggilan ke peti suara, sebelum apa-apa dah charge. Baru je sebut 'ini peti simpanan suara' dah charge. Jadi kalau sejuta pengguna terkena peti suara darab dengan 20 sen, berapa dah puak lintah darat ni terima sehari?
Tak semua orang nak akan perkhidmatan voice mail ni. Cakap kena charge, nak dengar pun kena charge. Mana tak kaya? Menteri, KP dan pegawai yang bertanggungjawab tau ke semua ni? Kalau tak tau memang sah makan gaji buta. - Pengguna telekomunikasi dalam terpaksa (by default) memang ada perkhidmatan voice mail ni. Mereka kadang-kadang tak tau dan buat tak kisah. Ini yang syarikat telekomunikasi paling suka. Lagi bodoh lagi mereka dapat duit. Sebenarnya kita boleh matikan fungsi voice mail tu
Puak telekomunikasi memang buat by default sebab dengan cara itu mereka akan dapat duit .. cuba bentangkan berapa untung dari voice mail?
- Satu lagi adalah service internet. Yang ini pun sama. Kita beli kouta 1GB ke 2 GB ke, kalau tak habis guna ada mereka refund balik. Memang la kalau beli nasi tak habis buang je, tapi tak boleh ke pihak Kementerian syor agar kouta yang tak habis dikumpul / carry forward ..?
- auto subscribe .. ada syarikat yang kalau beli internet dia kira bukan 24 jam masa untuk beli. Kalau aku beli internet harian pukul 11.00 malam. pukul 12.01 malam dia kira hari lain, maknanya aku kena bayar lagi untuk benda baru sedangkan aku baru guna sejam. Ada satu syarikat dari tiga syarikat tu. Yang lebih sial lagi, dia auto renew aku punya pakej harian. Tak ke sial namanya tu .. dia sengaja cakap auto renew, kadang-kadang kita tak sedar pun. Itu macam la kalau mau kaya bro. Tipu dan buat taktik tersembunyi
- Korang perasan tak bila time raya ker, atau korang hantar mesej secara bundle ucap selamat hari raya. Aku pernah terkena. Bila kita hantar secara bundle untuk ramai orang, sms tu akan bertukar ke mms. so maknanya charge dia dah berubah. Kalau smshanya setengah sen untuk satu nombor, MMS jangan kira la. Aku pernah Tanya puak syarikattelkomunikasi, mereka cakap itu memang polisi syarikat. sebab musabab kenapa sms bertukar mms tanpa kita kehendaki tidak dijelaskan. Tolong siasat perkara ini!!J
- Aku tak tau macam mana kepala hotak kementerian lulus lessen bagi syarikat telekomunikasi yang cekik darah. Internet slow, bayar mahal. Banding saja dengan Negara lain, kita jauh ketinggalan. Kalau kementerian lulus sebab agenda tertentu, aku tak pasti. Yang pasti pasai apa Malaysia duduk rangking paling hanyir dalam tahap kelajuan internet ..?
- Aku yakin korang pun ada pengalaman pahit korang tersendiri dengan syarikat telekomunikasi yang untung berbillion ringgit ni.. apa kata korang kongsikan kat ruang komen
~penburukonline.blogspot.com
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan