Sham (Kamikaze) Kecewa Dituduh Hipokrit Oleh Bekas Isteri – Bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham tampil menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang
sebab untuk menjawab tuduhan bersikap hipokrit biarpun sudah berhijrah seperti mana didakwa oleh bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar dalam sebuah akhbar
mingguan Ahad lalu.
butiran terdahulu rujuk sini
Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh, 38, menerusi laman Facebook miliknya berkata, apa yang berlaku diantara dia dengan bekas isteri sudah menjadi
sejarah dan tuduhan Farazila adalah hak peribadinya.
block quote
“Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah
hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.
“Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi,” katanya.
block quote end
{baca lagi klik butang papar ... }
Pendakwah bebas itu mengulas mengenai kenyataan Farazila yang membuat tuduhan secara terbuka terhadap Sham. Wanita itu turut menuduh bekas suaminya itu
bersikap hipokrit selain menggambarkannya sebagai lupa diri apabila masyarakat sekeliling menyanjungnya.
Dalam pada itu, Sham berkata, tindakan Farazila menjaja kisah rumah tangga mereka jelas bermotifkan dendam dan ingin memalukan dia kepada orang ramai.
Malah kata Sham, sejak mereka bercerai dia tidak pernah memburuk-burukkan bekas isterinya itu kepada orang lain seperti mana dilakukan Farazila terhadapnya.
block quote
“Saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumah tangga apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak
ramai.
“Sebagaimana diketahui umum saya tidak pernah walau sekali pun membuat apa-apa kenyataan tentang dia (Farazila) apatah lagi mengaitkan dia dalam apa juga
keadaan sebagaimana didakwa,” jelasnya lagi.
block quote end
Bagaimanapun kata Sham, dia tetap mendoakan kebahagiaan untuk bekas isterinya itu dan berdoa agar wanita berkenaan terus tabah mengharungi kehidupannya
selepas ini.
“Saya doakan agar dia terus tabah mengharungi hidupnya dengan segala cara untuk bahagia, Insya-Allah,” ujarnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 1 September 2011.
Sham ketika ini merupakan suami kepada Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana (AF). Mereka dikatakan telah berkahwin pada
Januari 2012.
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
ARTIKEL MENARIK
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan