tandas di rumah sewanya di Padang Hiliran di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata kejadian itu disedari rakan serumah penuntut itu pada kira-kira pukul 2.30
pagi selepas melihat rakannya itu terbaring di depan pintu tandas dengan keadaan yang lemah.
“Terkejut melihat keadaan rakannya itu pelajar terbabit menghampiri tandas berkenaan sebelum melihat tompokan darah dan seorang bayi di dalam mangkuk tandas.
“Pelajar berusia 21 tahun itu menghubungi ambulans dan rakannya itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (Hsnz) dan keadaannya kini dilaporkan stabil,”
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hasil bedah siasat mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu mati ketika dilahirkan, katanya.
Manoharan berkata polis sedang mengesan beberapa saksi termasuk teman lelaki penuntut itu yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai tukang cat bagi membantu
siasatan kes itu.
Katanya penuntut itu akan ditahan selepas selesai menerima rawatan di hospital. – BERNAMA
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Jangan nanti ada yg kata ini kerja pensyarah. Bandingkan DNA bayi dgn siapa yg akan dituduh oleh penuntut itu, barulah boleh buat dakwaan.
Catat Ulasan