Jumaat, 7 Mac 2014

Sebab utama kenapa komik Ultraman the ultra power diharamkan terbongkar!

Hahhaha, Ultraman oh ultraman, kadang-kadang pelik juga dengan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh DS Zahid Hamidi.

Kalau tak salah aku, selain komik, kartun ultraman tu dah lama ditayangkan kat negara kita. Dah jadi sebati dengan zaman kanak-kanak aku. Siap buat silang tangan lagi kalau nak keluarkan power hahahhaa. Korang pun mesti terkenang cerita ultraman kan?

Kenapa dari dulu tak dihalang? Bukankah banyak lagi kartun atau benda-benda luar yang 'boleh memudaratkan' ketenteraman awam. Agaknya KDN takut raksasa keluar kot. hahaha ultraman the ultra power punya penangan.


{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap komik Ultraman The Ultra Power terbitan Resign Publications. Mengikut
kenyataan dari kementerian tersebut, warta larangan tersebut berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan,
menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti
itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Berikut adalah punca kenapa komik
Ultraman
The Ultra Power dilarang oleh KDN :


Sebab tu je kenapa ultraman the ultra power diharamkan? Alahai, cakap la terus terang. Ada kaitan dengan penyamaan Allah dan Ultraman? Ha makin panas kan? Akan aku pdate nanti.


UPDATE:

Tetapi kini adalah difahami punca kepada pengharaman itu adalah penggunaan istilah 'Allah' pada salah satu karakter Ultraman yang dipaparkan dalam buku
komik itu.

Dan salah satu dialog yang terdapat dalam buku komik itu menyebut; "...Beliau (ultraman) dianggap sebagai dan dihormati sebagai Allah atau elder semua
wira ultra..."

Kata satu sumber dari KDN kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat; "Ternyata amat jelas sekali penggunaan istilah Allah yang dirujuk pada satu
karakter atau watak dalam siri komik ultraman itu boleh membawa kekeliruan kepada kanak-kanak yang beragama Islam yang membacanya. Kepada penganut agama
Islam 'Allah' tidak berwajah atau menyerupai mana-mana makhluk. Oleh yang demikian KDN berhak dan harus bertindak sebelum ia menjadi bahan bacaan umum
yang meluas."






# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: