Jumaat, 14 Mac 2014

MH370: Rupanya China berkrisis dengan AS - MH370 bukan terhempas?

BEIJING: Perdana Menteri China, Li Keqiang, semalam mengaku wujud perselisihan dengan Amerika Syarikat, dan dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu perlu menghormati kepentingan utama masing-masing.

Washington dan Beijing bertelagah berhubung pelbagai isu, termasuk hak asasi manusia, pencerobohan siber, pertikaian perdagangan dan aktiviti tentera China mengenai pemilikan laut dengan jirannya.

{baca lagi klik butang papar ... }


“Memang benar ada pergeseran timbul dalam mencapai kerjasama, tetapi ini adalah masalah dengan kerjasama. Sudah tentu kedua-dua negara, disebabkan sejarah dan latar belakang budaya berbeza, dan tahap pembangunan juga berbeza, ada perbezaan dalam sebahagian isu,” katanya pada sidang akhbar majlis penutupan sesi tahunan Parlimen semalam.

Li tidak menyebut isu tertentu dalam hubungan Amerika-China, tidak menyentuh isu dalaman sensitif dan antarabangsa yang dihadapi Parti Komunis.

Amerika tidak senang mengenai apa yang dilihat sebagai usaha China untuk mengawal perairan di rantau Asia Pasifik.

China berada di tengah pertikaian kedaulatan dengan sekutu Amerika, Jepun, berhubung gugusan pulau tidak berpenghuni di Laut China Timur.

Republik itu juga terbabit dalam tuntutan wilayah dengan Filipina, Vietnam, Taiwan, Malaysia dan Brunei terhadap perairan di Laut China Selatan yang menyediakan 10 peratus tangkapan ikan dunia.
Di pihaknya, Beijing meluahkan kebimbangan berhubung kedudukan tentera Amerika di Asia.

Di sebalik ketegangan itu, kedua-dua pihak mempunyai kepentingan utama dalam mengekalkan kestabilan ekonomi dunia.

“Selagi kami menghormati satu sama lain, menghormati kepentingan satu sama lain, mengawal perbezaan kami, mempunyai rundingan setara dan memberi tumpuan kepada meluaskan kepentingan, kami boleh meningkatkan tahap hubungan dua hala kami,” katanya. –Reuters
sumber


Artikel Berkaitan





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: