Jumaat, 14 Mac 2014

Mendidih: Ekslusif video 'raja bomoh' ancam tampar + kutuk kaw - kaw Khairy Jamaludin

woo.. panas mendidih ni, ni kira hangat la isu 'tampar buaya' seminggu ni. Sama naik panas dengan kehilangan MH370 hehehe. kang aku tampar macam buaya baru tau. Lu sapa Khairy, baru setahun jagung.

Kalau korang nak tengok betapa 'ganasnya' ancaman raja bomoh tu boleh la tengok kat video kat bawah



woo .. baru aku tau yang 'raja bomoh' ni power .. pernah tentang lima Menteri ..

Aku baru tahu KJ tu digelar gila, sampah masyarakat. hahahha.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







laporan berita;

'Raja bomoh' Ibrahim Mat Zain (tengah) bersama pembantunya di KLIA Rabu lepas bersedia menjalankan upacara mencari pesawat MH370. Hari ini, Ibrahim mengancam
untuk menampar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin atas 'tweet' menggesa agar raja bomoh itu ditangkap. – Gambar fail."Raja bomoh" Ibrahim Mat Zain yang
kini menjadi perhatian media antarabangsa mengancam untuk menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim marah dengan kenyataan Khairy yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau itu melalui akaun Twitternya, @khairykj.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.
“Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan," kata Ibrahim dalam
satu klip video YouTube
disiarkan blog www.suara.tv.

"Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," katanya.

Ibrahim yang sebelum ini mengugut untuk menyaman pihak yang mengatakan beliau bercanggah dengan ajaran Islam berkata akan mengemukakan saman sebanyak RM100
juta sekiranya Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno itu mengulangi kenyataannya.

"Saya bagitahu Khairy, kalau dia buat lagi saya nak saman dia RM100 juta. Menjatuhkan imej Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zain.

"Anak murid saya seramai beberapa juta orang akan sanggup ke depan ke mahkamah," katanya.

Khairy pada 12 Mac lalu menulis di akaun Twitter @khairykj, "bomoh permaidani sakti" itu perlu ditangkap kerana "memalukan" negara.

Ibrahim pada Isnin mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh
dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau
ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yasin.

Beliau muncul sekali lagi pada hari Rabu dan bersama tiga orang pembantu yang diarahkannya supaya duduk bersila dalam satu barisan di atas satu pengalas,
diperhatikan orang ramai.

Ibrahim yang melakukan ritual untuk membantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap
mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di KLIA menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja," katanya. – 14 Mac, 2014.
sumber

wooo. aku macam tak puas je tengok video tu. jom tengok balik hahahahha




Artikel Berkaitan





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: