Kantoi sudah .. kau orang masih ingat cerita seorang pemimpin politik wanita yang ditangkap khalwat di Kangartempoh hari? Media kata seorang pemimpin politik wanita sebuah parti. Media tidak pula mendedahkan dari parti mana. Kalau dari pakatan rakyat sudah tentu media terloncat-loncat macam beruk kena belacan. TV tempatan pula akan mencanang 7 hari 7 malam.
dan selepas itu, ada pula sebuah blog pro UMNO menuduh Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat kali kedua Agaknya blogger tersebut sudah tahu cerita 'sundal' pemimpin dari parti mereka sendiri, maka mereka mencipta fitnah dajjal yang sehingga kini tiada susulan dibuat seperti yang blogger tersebut janjikan. Dengan erti kata lain, blogger pro UMNO tersebut telah memfitnah.
{baca lagi klik butang papar ... }
DI MAHKAMAH SYARIAH HARI INI!!! Ketua Puteri UMNO dituduh berkhalwat dengan pasangan berumur 57 tahun
Kangar: Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri Bahagian Arau, Zuraidah Zainal Abidin, 34, bersama pasangannya Burhanuddin Ismail, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kangar, di sini, pagi tadi bagi pertuduhan khalwat di Hotel Sri Garden, pada jam 1.30 pagi pada 3 Mac lalu.
Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Jaidi Ahmad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidah berasal dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer, di sini, didakwa bahawa pada 3 Mac lalu pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Burhanuddin yang bukan mahram, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (2) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis.
Bagi pertuduhan ke atas Burhanuddin dari Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, dikatakan bahawa pada 3 Mac pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini, dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Zuraidah yang bukan mahramnya, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (1) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis. sumber
Ha kan dah kantoi. Jadi macai tak payahlanak sorok bangkai gajah ni. Busuk woooo
0 respon:
Catat Ulasan