perkembangan terkini pencarian pesawat MH370 | info terkini pesawat MH370
| Kemaskini: 31 Julai 2015
BERITA TERKINI MH370 | MH370 dalam kenangan | ulang tahun kehilangan MH370
Promosi terhad pengiklanan: PROMOSI SEHINGGA 15 Ogos 2015: RM30 untuk pakej 5 bulan, (PERCUMA 2 BULAN) Langgan segera! Maklumat lanjut: rujuk sini
Serpihan pesawat hampir pasti MH370, lapor media
Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor The Telegraph.
Akhbar berkenaan melaporkan, ombak Lautan Hindi yang bergerak dalam kitaran pusingan melawan arah jam berkemungkinan membawa bangkai serpihan pesawat itu ke pantai barat Australia, dan selatan Indonesia, yang memungkinkan serpihan pesawat itu milik MH370.
Laporan media itu turut mengatakan, serpihan pesawat yang ditemui itu berkemungkinan besar milik Boeing 777 apabila "serpihan" yang ditemui itu diperbuat daripada komposit, dan hanya Boeing menggunakan bahan berkenaan dalam pesawat mereka.
{baca lagi klik butang papar ... }
Selain itu, serpihan ditemui akan mempunyai nombor siri yang akan menentukan sama ada serpihan itu benar-benar milik pesawat MH370.
Agensi berita Bernama melaporkan, 4 pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Perancis malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.
"Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.
"Kami mencapai persetujuan mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.
Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini, berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas. – 30 Julai, 2015.
more updates ...
Pencarian MH370 menjumpai bangkai kapal tidak direkodkan
SYDNEY: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 mendedahkan menjumpai sebuah bangkai kapal karam yang tiada dalam rekod sebelum ini. Pasukan SAR yang diketuai oleh Australia itu menyatakan, bangkai kapal berkenaan tidak pernah direkodkan dalam senarai kapal karam dan penemuan itu diharap dapat memberikan harapan kepada kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, satu laporan daripada Australian Transport Safety Bureau berjaya mengesan pantulan kecil di dasar laut sebelum menjalankan penyiasatan penuh dan mendalam. Data dari sonar pengimbas tinggi yang digunakan pasukan itu mendedahkan barangan itu yang sebesar bola kriket berada di kedalaman kira-kira 3,900 meter bawah air manakala keadaan sekeliling tidak menunjukkan bentuk dasar laut. Lantaran, mereka menghantar turun kamera sebelum menemui bangkai kapal. Pengarah Operasi SAR MH370, Peter Foley, berkata ia satu penemuan yang menakjubkan bagi pasukannya. "Namun ia bukanlah satu penemuan yang diharapkan. Ia bukan bangkai pesawat MH370. Nyata kami kecewa ia bukan pesawat yang dicari, tetapi kami sentiasa realistik mengenai segala kemungkinan,," katanya. Imej dari kamera menunjukkan dengan jelas sebuah sauh, bersama dengan objek lain. Foley berkata, penemuan itu menunjukkan sistem, peralatan dan pasukan yang terbabit dalam pencarian MH370 menjalankan tugas dengan baik. "Ia membuktikan jika terdapat satu bangkai kapal di kawasan pencarian, kami dapat mengesannya," katanya. Pencarian pesawat MH370 adalah satu pencarian yang kompleks dan pasukan SAR kini menumpukan pencarian di sebuah kawasan terpencil selatan Lautan Hindi merentangi 60,000 kilometer persegi. - AFP
Tun Mahathir tidak boleh terima laporan interim MH370, anggap pelik
kemaskini : 9 Mac 2015 PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut. Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai. {baca lagi klik butang papar ... }
"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini. "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam. Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik. "Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir. Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan. Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan. Antara yang ditemu bual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain. Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas. more updates ...
MH370: 40 peratus kawasan carian sudah diliputi
| 26 Feb 2015 Usaha mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi telah meliputi lebih 24,000 kilometer persegi dasar laut, iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan carian keutamaan. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) berkata, pencarian di bawah permukaan air sekarang mungkin sebahagian besarnya selesai sekitar Mei jika diandaikan tiada kelewatan dan masalah dengan kapal dan peralatan yang digunakan atau faktor cuaca. "Dua kapal sedang menjalankan operasi SAR di bawah permukaan air dan dua lagi kapal dalam perjalanan untuk membantu operasi itu," menurut JACC dalam kenyataan hari ini. Menurut JACC, kapal disewa oleh Malaysia, 'Go Pheonix' dan kapal disewa oleh Malaysia-Australia, 'Fugro Discovery' kini berada di kawasan carian kerana menjalankan operasi pencarian. Fugro Equator meninggalkan Fremantle menuju ke kawasan pencarian pada 20 Februari dan dijangka tiba di kawasan pencarian esok, manakala Fugro Supporter berlepas Sabtu lalu dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada Ahad. "Selain mengesan pesawat, pencarian di bawah permukaan air bertujuan untuk memetakan kawasan yang serpihan MH370 bertaburan untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada usaha mendapatkan semula komponen khusus pesawat termasuk perakam penerbangan, yang akan membantu siasatan oleh Malaysia," menurutnya. {baca lagi klik butang papar ... }
Menurut JACC, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menggunakan data daripada kerja kajian bathymetric untuk menyediakan pelan awal untuk pencarian di bawah air, untuk diikuti dan dirujuk oleh semua pihak yang terbabit. "Pelan itu termasuk pencarian, kaedah, prosedur, langkah berjaga-jaga keselamatan dan kawasan-kawasan carian awal bagi pelbagai kapal yang menyertai operasi pencarian," menurut kenyataan itu. Keadaan cuaca di kawasan pencarian dijangka menggalakkan minggu ini. "Keadaan tropika yang rendah pada masa ini di sekitar Kepulauan Cocos (Keeling) diramalkan bergerak jauh ke dalam menuju ke selatan atau Barat Laut dalam minggu akan datang. Sistem tekanan rendah berpotensi menjadi siklon tropika dan mungkin membawa angin kencang dan laut bergelora ke kawasan carian seawal hujung minggu depan," menurutnya. Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pencarian akan diteruskan dan data yang dibekalkan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Trafik Udara menunjukkan bahawa MH370 menuju ke arah selatan Lautan Hindi. Pesawat Boeing 777 penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira satu jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac tahun lepas bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Pada 29 Januari tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban. - BERNAMA more updates ...
MH370 dalam kenangan
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban. Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan. Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban." "Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. Azharuddin berkata kerajaan Malaysia mengakui bahawa pengisytiharan mengenai kemalangan MH370 itu amatlah sukar bagi keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal untuk pertimbangan, apatah lagi menerimanya. Beliau berkata 13 negara, juga kehilangan warganya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tragedi ini tetapi bagaimanapun adalah penting bagi anggota keluarga cuba untuk meneruskan kehidupan biasa, atau kehidupan seperti biasa sebaik mungkin selepas kehilangan mengejut ini. "Tanpa niat langsung untuk meredakan perasaan anggota keluarga, adalah diharapkan bahawa pengisytiharan ini membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang diperlukan, terutama menerusi proses pampasan," kata Azharuddin. Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Azharuddin memberitahu negara dan penonton antarabangsa bahawa pengisytiharan MH370 adalah satu kemalangan dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (biasanya dikenali sebagai Konvensyen Chicago). Azharuddin berkata Bab 1 Lampiran 13 konvensyen menyatakan bahawa definisi "kemalangan" termasuk "pesawat hilang". Ia juga menyatakan bahawa "pesawat dianggap hilang apabila pencarian secara rasmi telah dihentikan dan bangkai pesawat tidak ditemukan". Lampiran 12 konvensyen seterusnya menyatakan bahawa istilah "mencari" merujuk kepada operasi untuk mencari orang yang berada dalam kesukaran. Azharuddin berkata fasa mencari dan menyelamat dijalankan pada hari pesawat hilang sehingga 28 April 2014 dengan kawasan pencarian meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi. Beliau menegaskan bahawa operasi pencarian di bawah permukaan air masih berterusan pada masa ini dan operasi itu dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter. Pencarian telah meliputi kawasan seluas lebih 18,600 kilometer persegi sehingga semalam. Azharuddin berkata berdasarkan analisis semua bukti yang ada dan maklumat fakta yang menyokongnya, data ini menyokong kesimpulan bahawa Penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. Berdasarkan data yang sama, katanya, pihak berkenaan membuat kesimpulan bahawa pesawat telah kehabisan bahan api di kawasan tertentu di selatan Lautan Hindi, dan bahawa pesawat kini bersemadi di dasar laut berhampiran kawasan yang ditakrifkan. "Ini adalah kawasan terpencil, jauh dari mana-mana tempat pendaratan yang mungkin. Ia juga kawasan dengan keadaan laut bergelora dengan kedalaman yang diketahui melebihi 6,000 meter. "Selepas 327 hari (sehingga 28 Jan 2015) dan berdasarkan semua data yang ada dan berdasarkan keadaan yang dinyatakan sebelum ini, peluang untuk hidup di kawasan itu adalah sangat tidak mungkin," katanya sebelum mengisytiharkan bahawa Penerbangan MH370 adalah satu kemalangan. Beliau merakamkan perasaan simpati yang mendalam kepada semua mereka yang terlibat dalam apa yang disifatkannya sebagai kemalangan dahsyat sambil berkata ia merupakan saat yang mengecewakan bagi semua mereka yang berusaha dalam misi mencari MH370. "Kami tidak pernah goyah dalam komitmen kami untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 dan mengakhiri episod sedih ini bagi semua, terutama bagi keluarga penumpang dan anak kapal MH370," kata ketua pengarah DCA itu. Sambil menekankan bahawa pengisytiharan itu tidak bermakna ia sudah berakhir, Azharuddin berkata: "Kami akan meneruskan dengan kerjasama dan bantuan daripada kerajaan China dan Australia. "MH370, penumpang dan anak kapalnya senantiasa akan diingati dan diberi penghormatan." Azharuddin berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan melaksanakan tanggungjawabnya berhubung dengan hak yang sah mengikut undang-undang dan kepentingan waris keluarga sebagaimana termaktub di bawah instrumen antarabangsa yang berkaitan dan undang-undang yang relevan, dengan pertimbangan sewajarnya kepada amalan antarabangsa. "Ini termasuk memenuhi proses pampasan sama ada ia dilaksanakan melalui perbincangan atau melalui litigasi. - Bernama
MH370: Aset lebih canggih untuk pencarian fasa baharu - Hishammuddin
|18 Mei 2014 Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. {baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR 17 Mei - Ketika operasi mencari bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac memasuki fasa baru, aset lebih canggih dan berteknologi tinggi diperlukan untuk pencarian di laut dalam. Menyatakan demikian, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di Singapura dalam dua minggu ini untuk memohon penggunaan aset berkenaan. Hishammuddin berkata, badan komersil yang telah dihubungi untuk operasi mencari di laut dalam ialah syarikat-syarikat minyak dan gas iaitu Petronas, Sapura Kencana, Boustead Holdings Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan aset kini amat terhad. ``Adalah mustahak bila saya menemui Setiausaha Hagel...saya mohon untuk aset lain yang telah dikenalpasti, yang Tentera Laut AS boleh bantu membekalkannya. ``Aset itu ialah sonar imbasan sisi (side-scan sonars),'' kata beliau semasa sesi eksklusif bersama media tempatan, di sini hari ini. Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. Hishammuddin berkata oleh kerana fasa baru membabitkan pencarian laut dalam, beberapa institut penyelidikan akan turut terlibat. ``Institut penyelidikan dari China, Jerman dan Jepun, ada terlibat dan kami mendapat maklum balas,'' kata beliau. Sementara itu, Hishammuddin menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri pertahanan Asean semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Myanmar pada Isnin. ``Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menjadi anggota bertauliah panel bebas. Jadi sekarang saya cuba dapatkan negara-negara lain dalam Asean yang boleh membantu kita. ``Jika kita tempatkan Kemboja, Laos dan Myanmar dalam sebuah kapal, sama ada kapal Malaysia atau China, kerjasama sebegitu lebih baik daripada bertelagah mengenai kewujudan `batu' di tengah-tengah Laut China Selatan,'' kata beliau. - BERNAMA
MH370: pakar temui rakaman audio telah disunting
{baca lagi klik butang papar ... } |kemaskini 6 Mei 2014 “Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal. papar
Perbualan Komunikasi 01:38AM - 06:14AM MH370 Didedahkan. Persoalan Yang Perlu Dijawap Oleh Pihak Berkaitan
kemaskini: 5 Mei 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar
Fakta yang perlu anda ketahui mengenai laporan awal MH370
|kemaskini 1 Mei 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar
MH370: Pakar penerbangan dedah sesuatu yang tidak kena pada fakta dihantar Malaysia?
|kemaskini 30 April 2014 Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam. Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast. papar
Gambar ini membuktikan MH370 telah dijumpai tetapi bukan di Lautan Hindi
(GAMBAR) TERKINI SYARIKAT EKSPLORASI DAKWA TEMUI BANGKAI PESAWAT MH370
| kemaskini 29 April 2014 Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear. Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal. {baca lagi klik butang papar ... } papar
Apa akan berlaku jika MH370 tidak ditemui?
~ kemaskini 25 April 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar
MH370: Pendedahan berani dan mengejutkan waris MH370
| kemaskini 23 April 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar
MH370: Malaysia - Australia tandatangani perjanjian bahagi tugas
| kemaskini : 19 April 2014 *ini perjanjiahn untuk apa, kenapa dan kenapa perlu diselindung? Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan. {baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani satu perjanjian dalam menentukan tugas mengendalikan apa-apa penemuan yang berkaitan dengan pesawat MH370 termasuk kotak hitam. Dalam satu laporan oleh New Straits Times (NST), Malaysia sedang menggubal perjanjian berkenaan demi melindungi keselamatan kedua-dua negara dari kesulitan undang-undang yang mungkin timbul semasa fasa pemulihan. Kerajaan Malaysia berharap perjanjian tersebut dapat dimuktamadkan tidak lama lagi dan diluluskan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan. Pihak Canberra sedang mengkaji memorandum persefaham tersebut, kata laporan itu. “ MOU tersebut akan menyatakan tugas dan tanggunggjawab masin-masing dengan terperinci” kata Ketua Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Azharuddin berkata lagi kepada NST , Malaysia akan mengetuai dalam kebanyakan penyiasatan yang dijalankan bersama bantuan oleh kerajaan Australia dan negara-negara lain. Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Bala bencana mala petaka sesungguhnya ada hubungkait dgn karenah manusia diatas bumi Allah sebab diri kita kepunyaanya mesti ada sebab musabab tadbirrr.
Saya tidak menolak apa yg telah ditulis. Tp bg menghormati ahli keluarga mangsa yg terlibat. Komen seperti ini adalah tidak wajar. Lebih baik disimpan dalam hati sebagaI perdoman dari dipaparkan kepada awam
mungkin masuk ke dlm segitiga bermuda kot , x hairan la sebab bumi dah lari dari paksi nya . perkara ni x mustahil , kerana itu semua kuasa Allah S.W.T kan ???? apa2x pun , doakan mereka agar sentiasa di lindungi . Aminnnn :)
betul apa yg dikatakan nya . semua yg berlaku ini kerana karenah manusia jugak . semakin bnyka kita melakukan dosa semakin hampir kiamat dgn kita . kita adalah umat akhir zaman.
sama2 kte doakan agar semua nye selamat..xperlu komen yang boleh mengguris hati dan perasaan keluarga mangsa,,,semua terjadi sudah ketentuan ALLAH SWT,,siapa kte untuk mntafsir segala yang terjadi..
sama2 kte doakan agar semua nye selamat..xperlu komen yang boleh mengguris hati dan perasaan keluarga mangsa,,,semua terjadi sudah ketentuan ALLAH SWT,,siapa kte untuk mntafsir segala yang terjadi..
Yg sentiasa berdoa dan memahami ....tk. tapi yg cakap ikut sedap mulut je buat kita sedih. Jgn lah kaitkan musibbah kapal terbang hilang ni dgn balasan le. Dosa pihak tu dosa pihak ni...Rasionallah sikit...Kita semua lemah di sisi Allah.
ada bomoh korang hina mcm tk percaya ngan hal gaib. dah satu asia dicari ngan puluhan kapal ngan satelit. ini pernah terjadi di Aceh ada satu kawasan hampa udara yg boleh menarik benda langsung hilang. kalau tgk laluan patah balik kapal mh370 menuju selat melaka lewat aceh sebelum lautan hindi. tepatnya gunung leuser. ada kapal hilang dulu 8 tahun baru muncul kt tempat yg sama. pakai technology pun oke tapi jangan kesampingkan hal gaib apalagi kita orang timur.
Bukan hina bomoh...cuma cara yang digunakan tu yang menghina Agama Islam sebab mereka tu semua mengaku Islam...Islam x de kaedah yang macam tu...fikir2kan
Ada bomoh guna khidmat jin yg bergerak sepantas angin keserata pelusuk, dan memberi khabar kpd tuannya apa yg tuanya suruh cari...tapi kena hati2 gak...jgn guna khidmat jin yg tak islam.....gitu...
Saya olieojie...turut berduka atas terjadinya peristiwa ini.Saya cukup mengikuti pemberitaan hilangnya pesawat ini.Sebagai orang awam,saya turut mendoakan untuk keselamatan seluruh penumpang dan keluarga yang menunggu dikuatkan Allah...Dari awal mengetahui hilangnya MH370,saya langsung mengecek peta dunia di dinding kamar saya...perkiraan saya jarak KL ke Beijing kira-kira bisa ditempuh selama 5 jam dengan persediaan bahan bakar untuk kira-kira 7,5 jam.lalu kabar pesawat hilang kontak di atas perairan teluk Thailand beberapa saat sebelum akhirnya menghilang.......saya menghitung kasar saja bahwa ketika berbalik arah pesawat memakai bahan bakarnya,lalu pesawat melanjutkan terbang dari titik terakhir hilang itu bisa ke berbagai arah yang pasti akan mempergunakan sisa bahan bakar untuk jarak yang kurang lebih sama atau kurang dari.Saya tidak berpikir bahwa pesawat ini dibajak,meledak,atau jatuh.Saya hanya menggunakan feeling imajinasi saya saja...Setelah saya ukur dg jari saya pada peta,saya perkirakan pesawat ini menuju Samudra Pasifik dan akan pas jika sampai ke pulau Yap,Mokronesia.Saya bahkan tidak tahu apakah di pulau itu memungkinkan untuk pendaratan sebuah Boeing.Lalu seiring waktu,pemberitaan MH370 ini sangat memprihatinkan saya...biasanya saya akan diberi mimpi jika ada [eristiwa seperti ini..tapi anehnya baru semalam saya bermimpi bahwa pesawat ini terbakar di angkasa.Arah pesawat bukan ke arah barattapi arah timur.Api membakar bagian depan dan badan pesawat,tapi ekornya tidak............
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370

doakan mh370 selamat, jgn lah beri komen yang negatif wahai insan insan yg. tidak berfikiran waras.hanya Allah yang maha mengetahui kerana itu adalah urusanNya.semua itu Rahsia Allah.sama-sama lah kita berdoa..
doakan mh370 selamat, jgn lah beri komen yang negatif wahai insan insan yg. tidak berfikiran waras.hanya Allah yang maha mengetahui kerana itu adalah urusanNya.semua itu Rahsia Allah.sama-sama lah kita berdoa
Doa adalah terbaik, Siasatan terbaik adalah siasat kapalterbang tu sehari sebelum berlepas, siapa jurutera terlibat. Apa yang dia buat. gunakan cctv yang ada,Detailkan penyiasatan sehingga kerumah.Mungkin dapat membantu.Dan lebihbaik dari menyiasat juruterbang.
betulkah mh 370 di lautan hindi ataupun semua ini permainan kerajaan msia?????tolonglah jangan berselindung lagi coz ada sumber mengatakan yg mh370 di monggolia.Najib kena suruh personally ambik tapi takut...ini kes dia lah ni....Prang lain yg jadi mangsa.
Sebb itu kt kenak mencintai sesema muslim.atas yg bernyawa pastih bth hdp..org yg ber krja utk cari mkn..tph kenapa sesama umat islam kta persulit kan..org non muslim kata mdah kan..naujubilah
Secanggih manepun alat yg dgunakan utk mcari mh370 yg pntg sekali semuanya akan bjaya dgn izin Allh SWT....jikalau sebenarnya mh370 tiada dlautan,pastinya pcarian tdk akan bhasil....mgkn saja mh370 berada ddaratan
jange dok katow nok kiamat... kitow manow tahu kitow ini umat akhir zaman... walaupun tando2 adow... jange dk katow.... hanyo ALLAH S.W.T jah hok tahu nyor....
salam..pbila semua perkara tak jelas,memang teka teki sentiasa bermain diminda..biarlah apa orang nk kata asal dia puashati..lambat laun kebenaran akan muncul jua...sabar je bagi yg terlibat secara langsung..nabi pernah berpesan bahawa dlm ssuatu perkara,diam adalah lebih baik..wallahu'alam...
Yg pasti tanda2 khiamat,Asia barat sekarang semua dibawah naungan israel,dan tibalah masanya asia tenggara,apabila seluruh dunia telah dinaung oleh israel maka tabir yg tertutup selama ini akan terbuka(Amerika-Tabir).Maka Israel secara sah mengangkat negaranya sebagai Negara Israel dan Negara Yang Memerintah Dunia(New World Order).Maka ketika itu akan wujud seorang pemimpin dikalangan Israel yg akan mengaku dirinya Tuhan(Dajjal).Bacalah 10 ayat terakhir surah Al'Khafi untuk berlindung drpada fitnah Dajjal.Allahualam
Hmm btol kta olieojie...kpl trbg mh370 dbajak...kite smua bleh Thu knpe sgnel..mh370 bleh hilg..ktika brada d tgh lautn china sekatn...and then ke slat melaka..dlm keadaan trbg rndah..mnuju ke..lautan Hindi..LPs tu radar pun hilang..sye mrasakn mh370 d bajk...oleh 2 penumpang..mgunakn passport palsu tu...so..kite doakn penumpngnye selamat..n minta bantu dri seluruh dunia..trmasuk Russia..us amerika syarikt..Afghanistan brunding..bgi mncri kpl tu brada d mana...
Nak tau...APA sebenarnya terjadi Mh370....says dah lama Dari hari pertama lagi says dah past I INI angkara malapetaka musibabah kerana Tentera laut China tertembak peluru pandu jarak jauh semasa menjalani latihan pads malam tersebut....lalu China kutip Dan musnahkan segala serpihan Dan mangsa penumpamg mh370....demi menjaga maruah negara China..
Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bayaran PTPTN. Setuju atau Tidak. Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma. here are options berita, berita harian, berita terkini, berita malaysia, harian metro or sinar harian.
67 respon:
Bala bencana mala petaka sesungguhnya ada hubungkait dgn karenah manusia diatas bumi Allah sebab diri kita kepunyaanya mesti ada sebab musabab tadbirrr.
apakah kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku sebab lebih 20 jam masih tiada sebarang berita yang dpat memberi gambaran....
apakah kemungkinan-kemungkinan yang boleh difikirkan mengenai status kejadian ini setelah lebih 20 jam tanpa sebarang perkembangan baru...
Saya tidak menolak apa yg telah ditulis. Tp bg menghormati ahli keluarga mangsa yg terlibat. Komen seperti ini adalah tidak wajar. Lebih baik disimpan dalam hati sebagaI perdoman dari dipaparkan kepada awam
Semoga semuanya selamat,,,,amin,,,
Semoga semuanya selamat,,,amin....
mungkin masuk ke dlm segitiga bermuda kot , x hairan la sebab bumi dah lari dari paksi nya . perkara ni x mustahil , kerana itu semua kuasa Allah S.W.T kan ???? apa2x pun , doakan mereka agar sentiasa di lindungi . Aminnnn :)
betul apa yg dikatakan nya . semua yg berlaku ini kerana karenah manusia jugak . semakin bnyka kita melakukan dosa semakin hampir kiamat dgn kita . kita adalah umat akhir zaman.
sama2 kte doakan agar semua nye selamat..xperlu komen yang boleh mengguris hati dan perasaan keluarga mangsa,,,semua terjadi sudah ketentuan ALLAH SWT,,siapa kte untuk mntafsir segala yang terjadi..
sama2 kte doakan agar semua nye selamat..xperlu komen yang boleh mengguris hati dan perasaan keluarga mangsa,,,semua terjadi sudah ketentuan ALLAH SWT,,siapa kte untuk mntafsir segala yang terjadi..
Yg sentiasa berdoa dan memahami ....tk. tapi yg cakap ikut sedap mulut je buat kita sedih. Jgn lah kaitkan musibbah kapal terbang hilang ni dgn balasan le. Dosa pihak tu dosa pihak ni...Rasionallah sikit...Kita semua lemah di sisi Allah.
Marilah kita sama2 berdoa moga di permudahkan segala urusan mencari mh370, TAKBIR ALLAH3× sam berzikir maujut
ada bomoh korang hina mcm tk percaya ngan hal gaib. dah satu asia dicari ngan puluhan kapal ngan satelit. ini pernah terjadi di Aceh ada satu kawasan hampa udara yg boleh menarik benda langsung hilang. kalau tgk laluan patah balik kapal mh370 menuju selat melaka lewat aceh sebelum lautan hindi. tepatnya gunung leuser. ada kapal hilang dulu 8 tahun baru muncul kt tempat yg sama. pakai technology pun oke tapi jangan kesampingkan hal gaib apalagi kita orang timur.
Kot2 dh msuk segi tigq bertuq kot .. :p
Insyaallah. Ad hikmah di sebalik semua yg berlaku. Kita Humaira mampu berdoa agar mereka dilindungiNYA. Aminn.
Bukan hina bomoh...cuma cara yang digunakan tu yang menghina Agama Islam sebab mereka tu semua mengaku Islam...Islam x de kaedah yang macam tu...fikir2kan
Mari lah sama sama berdoa agar dapat terungkai segalanya dalam pencarian MH370...Amin
Ada bomoh guna khidmat jin yg bergerak sepantas angin keserata pelusuk, dan memberi khabar kpd tuannya apa yg tuanya suruh cari...tapi kena hati2 gak...jgn guna khidmat jin yg tak islam.....gitu...
Saya olieojie...turut berduka atas terjadinya peristiwa ini.Saya cukup mengikuti pemberitaan hilangnya pesawat ini.Sebagai orang awam,saya turut mendoakan untuk keselamatan seluruh penumpang dan keluarga yang menunggu dikuatkan Allah...Dari awal mengetahui hilangnya MH370,saya langsung mengecek peta dunia di dinding kamar saya...perkiraan saya jarak KL ke Beijing kira-kira bisa ditempuh selama 5 jam dengan persediaan bahan bakar untuk kira-kira 7,5 jam.lalu kabar pesawat hilang kontak di atas perairan teluk Thailand beberapa saat sebelum akhirnya menghilang.......saya menghitung kasar saja bahwa ketika berbalik arah pesawat memakai bahan bakarnya,lalu pesawat melanjutkan terbang dari titik terakhir hilang itu bisa ke berbagai arah yang pasti akan mempergunakan sisa bahan bakar untuk jarak yang kurang lebih sama atau kurang dari.Saya tidak berpikir bahwa pesawat ini dibajak,meledak,atau jatuh.Saya hanya menggunakan feeling imajinasi saya saja...Setelah saya ukur dg jari saya pada peta,saya perkirakan pesawat ini menuju Samudra Pasifik dan akan pas jika sampai ke pulau Yap,Mokronesia.Saya bahkan tidak tahu apakah di pulau itu memungkinkan untuk pendaratan sebuah Boeing.Lalu seiring waktu,pemberitaan MH370 ini sangat memprihatinkan saya...biasanya saya akan diberi mimpi jika ada [eristiwa seperti ini..tapi anehnya baru semalam saya bermimpi bahwa pesawat ini terbakar di angkasa.Arah pesawat bukan ke arah barattapi arah timur.Api membakar bagian depan dan badan pesawat,tapi ekornya tidak............
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370
Doakan MH 370 selamat, hanya Allah saja yang Maha Megetahui dan itu rahsia Allah semuanya, kpd anda yg takde akal fikiran yg waras tak payahlan komen/ulas hanya menyakit hati dan perasaan keluarga penumpang MH 370
doakan mh370 selamat, jgn lah beri komen yang negatif wahai insan insan yg. tidak berfikiran waras.hanya Allah yang maha mengetahui kerana itu adalah urusanNya.semua itu Rahsia Allah.sama-sama lah kita berdoa..
Semoga MH370 ditemui segera, Sama-sama lah berdoa kepada Allah yang Maha Esa.
doakan mh370 selamat, jgn lah beri komen yang negatif wahai insan insan yg. tidak berfikiran waras.hanya Allah yang maha mengetahui kerana itu adalah urusanNya.semua itu Rahsia Allah.sama-sama lah kita berdoa
Doa adalah terbaik, Siasatan terbaik adalah siasat kapalterbang tu sehari sebelum berlepas, siapa jurutera terlibat. Apa yang dia buat. gunakan cctv yang ada,Detailkan penyiasatan sehingga kerumah.Mungkin dapat membantu.Dan lebihbaik dari menyiasat juruterbang.
Doakan mh370 semoga dpt dijumpai
Amin....
smga smua ny tak selamat amiin :D
smga smua ny tak selamat amiin :D
betulkah mh 370 di lautan hindi ataupun semua ini permainan kerajaan msia?????tolonglah jangan berselindung lagi coz ada sumber mengatakan yg mh370 di monggolia.Najib kena suruh personally ambik tapi takut...ini kes dia lah ni....Prang lain yg jadi mangsa.
Sebb itu kt kenak mencintai sesema muslim.atas yg bernyawa pastih bth hdp..org yg ber krja utk cari mkn..tph kenapa sesama umat islam kta persulit kan..org non muslim kata mdah kan..naujubilah
Hfvh
Entah dia org dah landing kat mana2.takkan langsung ada serpihan.mustahil ni beb.tpi hanya allah yang tahu.
Secanggih manepun alat yg dgunakan utk mcari mh370 yg pntg sekali semuanya akan bjaya dgn izin Allh SWT....jikalau sebenarnya mh370 tiada dlautan,pastinya pcarian tdk akan bhasil....mgkn saja mh370 berada ddaratan
Apapun yg blaku samada diketahui atau tidak kita sbgi rkyt malaysia doa kan keselamatan dan kesejatarahaan mh370....amin...
InsyaAllah kapal terbang Mas MH370 ditemui segera.
.... jange dk kato nk kiamat.... kito manow tahu kito nie umat akhir zame....hanyo ALLAH S.W.T jah hok tahu...
jange dok katow nok kiamat... kitow manow tahu kitow ini umat akhir zaman... walaupun tando2 adow... jange dk katow.... hanyo ALLAH S.W.T jah hok tahu nyor....
salam..pbila semua perkara tak jelas,memang teka teki sentiasa bermain diminda..biarlah apa orang nk kata asal dia puashati..lambat laun kebenaran akan muncul jua...sabar je bagi yg terlibat secara langsung..nabi pernah berpesan bahawa dlm ssuatu perkara,diam adalah lebih baik..wallahu'alam...
Bdh2lh mimpi kw 2
Bdh2 lh mimpi kw 2
Yg pasti tanda2 khiamat,Asia barat sekarang semua dibawah naungan israel,dan tibalah masanya asia tenggara,apabila seluruh dunia telah dinaung oleh israel maka tabir yg tertutup selama ini akan terbuka(Amerika-Tabir).Maka Israel secara sah mengangkat negaranya sebagai Negara Israel dan Negara Yang Memerintah Dunia(New World Order).Maka ketika itu akan wujud seorang pemimpin dikalangan Israel yg akan mengaku dirinya Tuhan(Dajjal).Bacalah 10 ayat terakhir surah Al'Khafi untuk berlindung drpada fitnah Dajjal.Allahualam
Hmm btol kta olieojie...kpl trbg mh370 dbajak...kite smua bleh Thu knpe sgnel..mh370 bleh hilg..ktika brada d tgh lautn china sekatn...and then ke slat melaka..dlm keadaan trbg rndah..mnuju ke..lautan Hindi..LPs tu radar pun hilang..sye mrasakn mh370 d bajk...oleh 2 penumpang..mgunakn passport palsu tu...so..kite doakn penumpngnye selamat..n minta bantu dri seluruh dunia..trmasuk Russia..us amerika syarikt..Afghanistan brunding..bgi mncri kpl tu brada d mana...
Mh370 tu d bajak Oleh 2 pnumpng passport palsu tu..mintalh bntuan Russia ..us..amerika..Afghanistan..d mana beradanye pesawat tu...
Nak tau...APA sebenarnya terjadi Mh370....says dah lama Dari hari pertama lagi says dah past I INI angkara malapetaka musibabah kerana Tentera laut China tertembak peluru pandu jarak jauh semasa menjalani latihan pads malam tersebut....lalu China kutip Dan musnahkan segala serpihan Dan mangsa penumpamg mh370....demi menjaga maruah negara China..
China navy shoot down mh370
Allah itu maha mengetahui segalanya.
???????????????? X SERIBU =?????????????? X SEJUTA
???? X SERIBU = ?????? X SEJUTA
Lapan mata angin jumpe tapi lambat sikit
Suahannallah
Subhannallah
Saya dan semua keluarga saya...ucpkan smoga mh370...segera d temui...doa kmi untuk mh370...$moga mh370....pulang akhir nya kt malaysia...inSYAALLAH...
pray for mh 370
harap harap mh370 didapati. doakan untuk mh370 agar kembali ke pangkuan
Please al fatihah to MH370bagi org islam
Please al fatihah to MH370bagi org islam
Semoga MH370 berada di sebuah lapangan terbang di Thailand. Kita cuma perlu panggil dia, "Pulanglah MH370".
MH370 berada di sebuah lapangan terbang di Thailand,Laos atau mana2 negara utara Malaysia.
"Pulanglah MH370".
nice blog thank for sharing
Keanekawarnaan.
keanekawarnaan
Pray is more important

Catat Ulasan