Isnin, 17 Mac 2014

Gambar istana 'raja bomoh', 16 'bodyguard' dan cabaran saman RM100 juta

  • Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang


  1. Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.
  2. Khairy Jamaluddin (menteri belia dan sukan) hanya cakap besar tetapi dia tidak ada apa-apa. Saya lebih kaya daripada dia
  3. Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan
    Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat
  4. apabila saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya tidak berseorangan. Saya ada 16 pengawal peribadi bersama saya setiap masa.
Nampaknya 'raja bomoh' tidak dalam keadaan selamat kali ini. Mungkin dia terpaksa meminta belas ehsan pemimpin UMNO untuk dia melepaskan diri dari dikenakan tindakan kerana 'kerja bodoh' yang memalukan negara. Kenapa pula pemimpin UMNO. Ini kerana dalam koleksi video jelas dia sangat 'rapat' dengan pemimpin UMNO.

'Tampar buaya', istilah yang kononnya akan membuatkan Khairy Jamaludin kecut perut tapi sebaliknya lain pula jadinya. Kisah 'tampar buaya' antara raja bomoh dengan Khairy boleh lihat
jawapan balas KJ raja bomoh
dan
amaran PEMUDA UMNO pada raja bomoh
dan
lihat sini amukan raja bomoh

Manakala kat bawah ni pula koleksi 'istana raja bomoh' yang tersebar meluas dalam media masa.

Sekarang kita nak tengok, raja bomoh yang sangat hebat ni berani ke tidak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak yang mengatakan dia mengamalkan amalan khurafat dan syirik. JAIS sendiri dalam laporan di bawah akan mengambil tindakan undang-undang kepada raja bomoh ;
{baca lagi klik butang papar ... }


'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia.

"Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama

Terkini: Raja Bomoh jawab tidak ggentar dan akan saman JAKIM

Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat,” katanya.

Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh” yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang
yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.

Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh”, Raja Bomoh Ugut Saman JAKIM Dan Khairy Jika Beliau Ditangkap

Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar
negara.

Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan. Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan.

“Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan
Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional,” katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya terkenal susulan
aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa, teropong buluh dan sangkar ikan untuk “menghalau semangat jahat” dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines
MH370.

Aksi “permaidani ajaib” Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka mengkritik dan mempersenda
Ibrahim.

Perkataan “bomoh” menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan.

“Saya tidak melakukan apa-apa yang haram.

“Saya guna ayat Al-Quran dan doa supaya pesawat dan penumpang boleh dikesan. Ini tidak menyalahi agama. Jangan panggil saya murtad kerana ini.

“Mengejek saya juga tidak membawa kebaikan. Saya ikhlas menolong kerajaan,” katanya.

Dalam dua upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan “melemahkan
semangat jahat supaya penyelamat dapat menemui pesawat”
.
Lelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai orang sejak
berusia 10 tahun.

“Pelanggan saya pelbagai. Kebanyakan daripada mereka adalah orang penting, kaya dan ahli politik,” katanya.

Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.

Residen British pertama di Perak, J W W Birch, dibunuh oleh pejuang kebangsaan Melayu dan negarawan, Datuk Maharajalela dan Sepuntum pada 1875.

Ibrahim juga menyenaraikan peranannya dalam beberapa kejadian besar dalam negara: antaranya ialah memanggil semula roh mangsa tsunami 2004; menjejak mayat
mangsa lemas di banjir besar di Kuala Dipang; mengesan mayat mangsa kondominium Highlands Tower yang runtuh pada 1993; dan melemahkan ilmu hitam Mona Fendy
supaya hakim boleh menjalankan tugasnya tanpa diganggu di mahkamah Temerloh di Pahang, di mana Mona Fendy akhirnya disabitkan bersalah membunuh ahli politik
pada 1993 dan dihukum gantung.

Mengenai kaedahnya yang “istimewa” dalam membantu Putrajaya mencari MH370, Ibrahim berkata, setiap individu ada cara tersendiri untuk membantu.
“Orang teknikal guna sains dan radar kesan pesawat. Saya guna ayat Al-Quran dan barangan yang saya bawa bersama ketika sesi (ritual) bukan untuk dipuja.

“Saya tidak puja barang itu kerana mereka hanya sebagai symbol. Seperti menangkap ikan, adakah kita hanya berharap dan berdoa menangkap ikan tanpa ada
peralatan? Tidak, bukan? Jadi mata kail dan perangkap ikan adalah symbol mendapatkan pesawat itu,” katanya.

Mengenai kutukan yang diterimanya sejak episode di KLIA dan cadangan beliau ditangkap kerana melakukan ilmu hitam, Ibrahim berkata, mereka tidak sepatutnya
menghakiminya tanpa bercakap dahulu dengannya.

“Saya bukan bomoh tepi jalan. Saya bomoh jutawan. Saya ada perniagaan pembinaan selain membantu dan merawat orang. Anda tidak pernah dengan tentang saya
kerana saya tidak menunjuk-nunjuk kekayaan saya seperti orang lain.

“Khairy Jamaluddin (menteri belia dan sukan) hanya cakap besar tetapi dia tidak ada apa-apa. Saya lebih kaya daripada dia,” katanya.

Awal minggu ini, Ibrahim mengugut untuk menampar Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno kerana memperkecilkannya dan meminta supaya dia ditahan.

“Dia patut hormat orang tua. Dia mungkin tidak tahu saya tetapi ahli politik yang lebih tua kenal sangat dengan saya. Malah, Datuk Seri Zahid Hamidi ialah
ketua seni mempertahankan diri kami,” katanya merujuk kepada menteri dalam negeri.

Maklum balasnya terhadap ejekan Khairy ialah beliau mengugut untuk menamparnya seperti buaya.
Khairy, bagaimanapun, tidak mengambil ugutan itu secara serius dan terus membuat lawak mengenai perkara itu dalam beberapa siri tweet menerusi akaunnya.

Dalam satu tweet, Khairy berkata:“Raja Bomoh nak tampar saya cam kokedai”.

Ibrahim berkata, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan ugutannya itu dan akan melaksanakannya jika kesabarannya teruji.

“Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada apa yang hendak dimalukannya dan tidak beranggapan caranya “membantu” kerajaan mencari pesawat hilang itu meletakkan negara dalam
keadaan yang memalukan.

“Tidak, saya tidak buat apa-apa kesalahan. Anda hanya rasa malu jika buat salah, dan saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.
Perbualan kami berakhir di situ, dan sebelum itu Ibrahim berkata, dia biasanya berjalan dengan sekurang-kurangnya 16 pengawal peribadi.

“Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya tidak berseorangan. Saya ada 16 pengawal peribadi bersama saya setiap masa. Saya masih berfikir di mana patut
yang lakukan sembahyang saya bila sampai di sana,” katanya. – 16 Mac, 2014.
sumber

wooo... hangpa dengaq tu. hebat kan raja bomoh ni. kehkehkehkeh..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan kementerian hasil dalam negeri,pihak polis,bank negara dan jabatan pencegah rasuah selidiki di mana bomoh tikar terbang ni dapat duit begitu banyak.

Tanpa Nama berkata...

jabatan hasil dalam negeri patut siasiat bomoh ni bayar cukai pendapatan ke

Tanpa Nama berkata...

keje mnghukum org mngatakan khurafat bukannya keje manusia..biar Allah swt yg tentukan..itulah org melayu..mudah lupa dan mudah kalut...

Buaya Putih berkata...

tkade sapa berani cek cukai bomoh ini.

semua takut penampar buaya.

dan lagi bapak2 buaya berada di belakang bomoh ini.

Unknown berkata...

umat akhir zaman..belakng berani depan penakut..jika berani g jumpa bomoh2 luahkn pa yg kmu ingin luahkn baru berani kerna benar..

Tanpa Nama berkata...

umat akhir zaman berani belakang je..depan penakut..jika benar kamu berani..glh jumpa bomoh2 ckp pa yg kamu ingin luahkn..baru berani krna benar..

Unknown berkata...

umat akhir zaman..belakng berani depan penakut..jika berani g jumpa bomoh2 luahkn pa yg kmu ingin luahkn baru berani kerna benar..

agen resmi wsc biolo berkata...

pejabat apaan tuh tak mau di sentuh rakyat

Tanpa Nama berkata...

bomoh hebat apa kalau bawa 16 bodyguard ?

guru silat jadah apa kalau siang malam ada 16 orang menjaga?

ini guru sikat laaa ..bomoh duit !

Blognya Kikils berkata...

saya pikir juga begitu