Isnin, 10 Februari 2014

Jepun tak mohon maaf pun pada Anwar Ibrahim!

Baru - baru ini kecoh isu Anwar Ibrahim dilarang masuk ke Jepun. Macai-macai seluruh Negara terlompat-lompat meraikan peristiwa itu. Ada yang menulis bukan-bukan dan ada pula yang mencetak baju yang menyindir Anwar dengan isu Jepun.

Butiran kisah Anwar dan Jepun boleh baca
Anwar Ibrahim kantoi tak Berjaya masuk Jepun - macai gembira!

Benarkah kerajaan Jepun telah memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dalam isu ini?
ATAU orang lain?
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini






PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan akan mengadakan semula lawatan ke Jepun bagi menghadiri forum "Muslim Democrat" yang terhalang Januari lalu.

Beliau yang menerima kunjungan daripada Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, Jiro Hanyu hari ini turut menerima permohonan maaf pihak penganjur kerana insiden yang memalukan itu.

"Saya menghargai tindakan yayasan yang mengambil berat insiden itu, dan beliau sendiri datang memohon maaf.

"Saya terima pelawaan itu dan mahu teruskan forum tersebut pada 26 Februari ini bagi kepentingan negara Islam berdemokrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Sasakawa Peace Foundation, di sini.

Hai hai hai.. kalau kita baca betul - betul. bukan pihak kerajaan Jepun. Ianya datang dari penganjur forum, Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, . Mungkin penganjur sendiri membuat kesilapan teknikal, maka kerajaan Jepun tak lepaskan Anwar masuk atas polisi negara matahari terbit itu.

Cuma aku 'risau' sikit sebab blog pakatan kata kerajaan Jepun yang memohon maaf.

Jadi kat sini, kita tolak mentah -mentah cacian macai yang mengatakan Anwar tidak dibenarkan masuk kerana dituduh bekas penjenayah. adios.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

bunbinban berkata...

hahaha...ni yg gua nyampah bila ahli2 parti apa pun yg .totok. x bertempat. Blogger PR pun dah nak jadi mcm blogger UMNO...dok spin cite?.

Tanpa Nama berkata...

penganjur tu kira org jepun la.. so jepun la yg setel kan