Pengumuman TS Muhyidin Yassin tiga hari lepas yang tol lebuhraya tidak akan dinaikkan tahun ini dan kerajaan telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pemegang konsessi lebuhraya di negara ini. Tol merupakan ‘proponent’ besar dalam perbelanjaan rakyat zaman sekarang ini, maka desakan rakyat untuk tidak menaikkan tol itu sudah dianggap satu tindakan besar kerajaan dalam menyelenggara masalah rakyat menghadapi kos kehidupan yang tinggi itu.
Jika tidak salah pembacaan saya pembayaran pampasan itu merupakan ‘legal obligation’ pihak kerajaan dalam perjanjian konsessi lebuhraya dengan kerajaan itu. Bagi saya ia tetap perbelanjaan rakyat. Dari rakyat secara individu membayar tambahan tol itu, harga tambahan tol itu dibayar oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat juga. Hasil tidak akan kemana. Tambahan yang sepatutnya dibayar oleh orang ramai itu sekarang dibayar dengan menggunakan wang rakyat.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Justeru itu ia bukanlah membebankan rakyat. Ia membebankan kerajaan yang dipunyai oleh rakyat. Pemegang konsessi Lebuhraya tetap tidak mengambil bahagian untuk meringankan beban rakyat. Kerajaan akan mengambil kembali jumlah pampasan itu dari percukaian baru daripada sumber yang lain jika perbendaharaan rakyat kekurangan simpanan nanti.
Dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi sekarang ini, pemegang konsessi lebuhraya sepatutnya bersama-sama memainkan peranan dan menyumbang untuk menghadapi zaman muram ekonomi sekarang ini. Pemegang konsessi telah membuat banyak kutipan dengan keuntungan yang besar.
Adalah tidak adil jika kerajaan tidak dapat merundingkan supaya pemegang konsessi lebuhraya itu juga menyumbang kepada rakyat dengan tidak menaikkan harga tol seperti yang terkandung dalam perjanjian itu. Tidak payah meminta kerajaan membayar pampasan dan sebagainya. Itu lah yang saya sebut selalu dalam posting-posting saya yang berkait dengan tol ini. Pemegang konsessi tidak mempunyai komitmen untuk menurunkan atau mengekalkan kadar tol ini kerana mereka senantiasa memikirkan keuntungan yang berlebihan yang telah di persetujui semasa menandatangai perjanjian konsessi itu.
Tidak ramai orang yang tidak bersetuju yang pemegang konsessi mendapat keuntungan besar yang berlebihan dari pengguna lebuhraya. Sepatutnya pemegang konsessi menurunkan kadar tol kerana semakin hari ‘traffic’ yang menggunakan lebuhraya itu bertambah berlipat kali ganda dalam beberapa tahun sahaja. Tetapi mereka telah mendapat persetujuan kerajaan dan siapa yang bertanggungjawab dalam kerajaan itu untuk menaikan kadar tol itu mengikut waktu yang ditetapkan oleh perjanjian itu.
Justeru apa yang diumumkan oleh Muhyidin yang tol tidak akan dinaikkan itu tidak menepati tuntutan rakyat terhadap pemegang konsessi itu. Perbezaannya hanyalah pembayaran tol tambahan itu dibayar oleh kerajaan yang juga adalah wang kepunyaan rakyat juga akhirnya.
Walaupun ada pihak yang menuduh keputusan kerajaan tidak menaikan tol ini ada hubung kaitnya dengan PRK Kajang, bagi saya ia tetap keputusan diatas desakan rakyat sejak beberapa bulan yang lepas. Tetapi adalah perkara biasa dalam satu pilihanraya keputusn kerajaan itu akan dituduh sebagai umpan untuk pilihanraya kecil dimana-mana sekali pun.
Itulah sebabnya sesebuah kerajaan perlu mempunyai kewibawaan yang tinggi supaya tidak dituduh membuat satu keputusan itu kerana berkaitan dengan PRK yang sedang rancak diperkatakan ramai sekarang ini. Sekarang ini apa juga perkara baik yang di umumkan oleh kerajaan itu dianggap sebagai umpan pilihanraya kecil ini.
Akhirnya elok kita bersuara lantang terhadap pemegang konsessi supaya bersama-sama berkorban untuk meringankan beban rakyat dengan tidak menaikan kadar tol, dan di samping itu tidak menuntut pampasan dari kerajaan, kerana pampasan yang dibayar oleh kerajaan itu juga adalah wang rakyat.
Pemegang konsessi telah memunggah wang rakyat sebegitu banyak, maka dalam negara menghadapi kekurangan wang ini adalah wajar jika pemegang konsessi lebuhraya menunjukkan rasa terima kasih kepada rakyat yang telah membuatkan mereka menerima keuntungan berlipat kali ganda sejak dari dulu lagi. Di sinilah letaknya nilai kepimpinan kerajaan dan jika mereka mendapat penghormatan yang sebenarnya, pemegang konsessi sepatutnya tidak teragak-agak untuk memberikan sumbangan dengan menurunkann atau setidak-tidaknya mengekalkan kadar tol itu setelah meraih berbillion-billion ringgit keuntungan selama ini.
Dalam masa yang sama elok pimpinan negara tunjukkan sifat berkorban dengan tidak membelanjakan wang rakyat untuk berglamor tidak tentu arah seperti yang kita lihat sekarang ini. Elok tanam sedikit rasa malu dalam diri masing-masing. Rakyat sentiasa memerhati dari jauh dan dekat sikap mereka setiap waktu dan masa.
0 respon:
Catat Ulasan