Ahad, 15 Disember 2013

Tol Naik: Ada Aku Kisah???

Kononnya harga tol akan naik pada tahun depan. Itu kata Menteri, jika Menteri bohong, bohonglah JR:

Kalau tol naik, korang marah tak?
Aku tidak marah, tidak sama sekali!!

Kenapa aku mesti marah kerana kata Menteri kenaikan itu tak membebankan rakyat.
Kenapa aku mesti marah kerana kata Menteri tol dinaikkan sebagai tanda kerajaan bersikap adil kepada rakyat.

{baca lagi klik butang papar ... }






Kenapa aku mesti marah tol naik

yang naikkan tol itu kerajaan yang aku pilih dalam pilihanraya lepas

jadi mengapa aku mesti marah dengan pilihanku sendiri?




Sekarang semuanya naik

minyak naik

gula naik

tarif letrik naik

gaji YB-YB mungkin naik
semuanya naik

jadi mengapa aku kisah jika tol juga naik??




Jangan marah bila tol naik
nanti Menteri kata:

siapa tak nak bayar tol

ikut jalan lama

atau naiklah basikal

jika nak nampak unik naiklah kereta lembu

jika nak nampak stylo naiklah kapcai

jika nak nampak gagah jalan kaki saja

pilihan di tangan anda

mengapa degil nak naik kereta juga?




Aku tak kisah minyak, gula, letrik dan tol naik

aku tak kisah semua barang naik

aku kena belajar kurangkan makan

mereka kata barang naik baik untuk kesihatan
gula naik kurangkan kencing manis
letrik naik kurangkan kes renjatan letrik

biarlah semuanya naik

pasti nanti perut aku makin susut dan slim

tapi tolong doakan perut aku tidak kembung

kerana lebih banyak sedut angin dari makan nasi.




Nota: ramalan kawan JR minggu lepas tepat, dia kata mesti ada benda besar lagi yang akan naik, sebab itulah hari-hari TV buka cerita tentang Syiah, Syiah dan Syiah, supaya rakyat beri tumpuan kepada Syiah dan dapat lupakan isu lain yang lebih besar di depan mata.

Rupanya tol nak naik...patutlah!!!





JR




# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: