Selasa, 3 Disember 2013

Ini dia punca Mahathir letak jawatan sebagai penasihat PETRONAS ..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, faktor kesihatan menjadi salah satu sebab beliau berbuat demikian.


{baca lagi klik butang papar ... }




"Oleh kerana umur saya dah tua, saya perlu perlahankan perkhidmatan yang selama ini saya buat.

"Ia juga selepas dinasihatkan doktor untuk saya mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif ketika ini," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesahihan beliau meletak jawatan daripada syarikat minyak itu dan sebab beliau mengambil keputusan demikian.

Beliau berkata, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga akan mengehadkan perjalanan beliau untuk lawatan ke luar negara sekali dalam sebulan sahaja.

"Isteri saya kawal segala program kerana tidak mahu saya terlalu penat dengan semua tanggungjawab ini.

"Sebenarnya saya tidak suka menjadi tua, saya mahu jadi muda agar dapat meneruskan khidmat di syarikat tersebut," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau telah menulis surat untuk memaklumkan mengenai niatnya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan beliau akan kekal sebagai Penasihat Proton, syarikat pengeluar automatif nasional.

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

habis dah sedut minyak, dah tinggai taik minyak ....caulah.
Moga TMM hidup lama!

Tanpa Nama berkata...

Ada orang yang gemar berkata-kata tentang apa yang dia tak tahu tetapi berlagak macamlah semua dia tahu, dia cuma ikut apa yang orang lain kata, kalau orang yang kata itu seorang yang suka berbohong maka sama-samalah kita menjadi pembohong. Jika sekali kita berbohong kita akan ketagih untuk membohongi orang untuk lain kalinya. Allah mengurniakan kepada kita akal, maka gunakanlah sebaik-baiknya nikmat akal yang telah Allah kurniakan atau agaknya Allah dah tarik balik nikmat yang diberinya..Wallahuaklammm.