Baca bawah ;
"TNB hanya merupakan penyalur. Kami ialah ejen pengumpul.
"Kenaikan tarif tidak ada kena mengena dengan kami tetapi kami yang dipersalahkan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan memoir Tan Sri Ani Arope di sini Selasa.
Agent pengumpul? Hanya penyalur?
What the hell is that anyway hah?
Alamak aii. Kalau nak bagi alasan bangang pun biarlah sesuatu yang rakyat fahami. Ini bagi alasan merepek2 buat apa? Ingat orang akan terdiam dan tercengang2 ke bila baca alasan gile macam neh? Jangan nak harapla. Aku macam tak percaya kepada TNB pun perlu diperjelaskan bagaimana kenaikan tarif elektrik ini menyebabkan rakyat bersikap negatif terhadap TNB.
Fahami la bahawa ;
1. Kenaikan tarif berlaku sebab ada perbincangan antara TNB dengan menteri.
2. Jika menteri setuju naikkan, TNB tak setuju ia takan berlaku.
3. Oleh kerana TNB bersetuju mahu menaikkan tarif elektrik la maka kenaikan itu berlaku.
4. Maka dari situlah rakyat menyalahkan TNB dan menteri. Sebab TNB dan menteri bersama2 berperanan menaikkan dan menentukan kadar elektrik yang baru.
5. Bila kenaikan itu berlaku maka rakyat akan terkesan. Meskipun kenaikan ini tidak membabitkan pengguna yang bawah rm50 (tak silap aku la kan) tiap2 bulan tetapi kenaikan akan mewujudkan kesan rantaian. Contohnya pemilik taska. Elektrik bulanan mereka melebihi rm50. Dan naik. Lepas tue barang2 lain turut naik. Yang nak serap kos tue akan serap. Yang taknak serap kos maka akan alihkan kos tambahan kepada pengguna akhir. Maka mereka akan naikkan yuran taska. Disebabkan kenaikan elektrik dan beberapa barang yang lain tadinya tue.
Sebab itula TNB layak dipersalahkan dalam hal neh. Bukan kakitangan biasa TNB. Tetapi kakitangan atasan yang buat keputusan2 penting seperti menentukan tarif elektrik yang baru. Sama juga dengan menteri. Sebagai pembuat dasar, menentukan keputusan2 penting. Jadi TNB kena akur kalau dipersalahkan. BTW, nak menangis ke sebab kena maki dengan rakyat? Jangan begitu. Maki itu hanyalah satu langkah prihatin rakyat ke atas TNB. Kalau di ikutkan ahti yang marah, bukan maki yang akan datang. Rakyat bersabar. Dan itulah jasa terbesar rakyat terhadap BN yang Najib, Rosmah dan TNB tidak tahu. Fikir2kanla ek. ~~Sozcyili
Rujukan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=1001806
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan