Rabu, 27 November 2013

RM256 juta projek kem terbengkalai .. Najib tak nak gelar ini pengkhianat negara ..?

penburukonline.blogspot.com

Sapa tak bayar cukai (GST) dikira sebagai pengkhianat .. kargh tuih ... kalau tak bayar seringgit dua dikira pengkhianat Negara ...




Kalau bazirkan duit rakyat cecah ratusan juta tu kira natang apa pulak .. memang sah celaka tahapmaksimum. Mulut longkang ni suruh orang tanggung segala ketirisan dan borosnya pemimpin UMNO. Rakyat yang kena ..



{baca lagi klik butang papar ... }








penburukonline.blogspot.com

Anggota parlimen pembangkang hari ini membangkitkan semula isu kontrak pembinaan kompleks kem tentera RM256 juta di Skudai, Johor yang terbengkalai selepas
16 tahun kontrak dimeterai.


Membangkitkan penemuan laporan audit negara sebelum ini, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membangkitkan perkara itu kerana bimbang masalah berkaitan
menyebabkan kem itu terpaksa dipindahkan.

"Saya tak tahu apa akan jadi sekarang jika pemilik baru tanah itu minta kem-kem itu untuk keluar dari tanah itu.

"Mereka bukan ada kem baru pun," katanya pada sidang media di perkarangan Parlimen hari ini.

Menghuraikan masalah itu, bekas naib presiden PAS itu berkata, tanah yang diberikan sebagai imbuhan kepada konsortium pemaju itu digadaikan kepada sebuah
syarikat kewangan.

Kem yang sepatutnya dikenali sebagai kompleks briged ketujuh, sepatutnya menjadi penempatan baru untuk anggota tentera dari Tebrau, Majidee dan kem Kluang.

Menurut Mahfuz, Kementerian Pertahanan pada tahun 1997 memeterai kontrak dengan konsortium itu dan menganugerahkan tanah yang menjadi tapak kem Majidee
dan Tebrau sebagai ganti kepada pembinaan kompleks baru itu.

Namun, dakwanya, konsortium itu yang menghadapi masalah kewangan memajakkan tanah tersebut untuk mendapat pinjaman berjumlah RM465 juta yang akhirnya tidak
juga digunakan untuk menyiapkan kompleks itu.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

xpa nnt negara akan dipertahankan oleh PATI yg dapat ic..askar semua boleh bersara awal...itulah Malaysia