Sabtu, 16 November 2013

Pembuat fitnah najis dalam restoran Nasi Kandar memang mengaku pernah makan najis manusia!!!

Senang je kalau nak buat dajjal kat orang zaman sekarang. Tanpa usul periksa terus share status yang apa entah apa entah kesahihannya.

Agak-agak akulah, orang yang tabur fitnah tu sama je suka makan najis manusia .. suka share, suka like dan suka-suka makan najis.


Ikuti cerita selanjutnya ..

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida menyatakan permintaan maaf secara terbuka, semalam setelah didakwa menyebarkan fitnah
melalui laman sosial Facebook terhadap Restoran Nasi Vanggey, Greentown.

Ze Aida, 24 akui tidak berniat untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran tersebut.

Dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut.

“Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook
miliknya mengenai keburukan restoran itu.


{baca lagi klik butang papar ... }


“Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah ‘print screen’ status
saya itu lalu menyebar luaskan,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media khas, malam tadi.

Turut hadir pada sidang media tersebut, pengurus restoran, Ahmad Fazli Mohammed dan pengarahnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik.

Menurut Ze Aida, laporan polis sudah dibuat Khamis lalu di Balai Polis Sungai Senam.

Sementara, Ahmad Fazli berharap penjelasan dan pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran mereka.

Restoran itu diarah tutup selama dua minggu sehingga 28 November ini kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut
Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Blog Sensasi berkata...

fitnah lebih besar dosanya dari membunuh

Tanpa Nama berkata...

walaupun aku kembang tekak klu nampak restoren mamak, tapi aku tak sampai hati nak fitnah mamak sampai macam tu sekali..... aku rasa fitnah tu akan membuatkan pelanggannya lari dan semakin berkurangan. Kesian...baru mereka sedar bahawa fitnah amat besar dosanya....

Tanpa Nama berkata...

Elok saman aje betina mulut celupar tu. Biar dia bayar kerugian yang dialami oleh peniaga itu akibat perbuatannya yg tidak bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

mungkin fitnah mungkin tidak