Sabtu, 16 November 2013

KPN kata Nurul Izzah penuh imaginasi .. imiginasi lucah ke ..?

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan Nurul Izzah Anwar sebagai individu yang penuh imaginasi susulan pendedahan wujudnya 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) di London, baru-baru ini.

Beliau menafikan dakwaan tersebut dan berkata, jumlah yang diberikan tersebut terlalu besar serta tidak munasabah.

"Apa yang beliau (Nurul Izzah) kata tidak benar. Jumlah itu terlalu besar. Sesetengah orang mempunyai imaginasi yang lebih," kata Khalid ketika ditemui di Masjid Bukit Aman, pagi ini.


{baca lagi klik butang papar ... }








Tanpa mendedahkan sebarang butiran, Khalid mengakui terdapat anggota SB ditempatkan di sana tetapi jumlahnya lebih kecil.

Beliau berkata, polis tidak mempunyai perancangan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut berikutan kenyataannya itu.

"Tidak perlu. Tidak perlu bazirkan masa siasat perkara yang tidak betul," katanya.

Sementara itu, beliau juga menggesa semua pihak supaya berhenti mengkritik pasukan tersebut dan biarkan polis menjalankan kerja mereka dalam menjaga keselamatan awam.

Khalid berkata, semua pihak perlu fokus kepada bidang tugasan mereka daripada mencampuri urusan pasukan polis.

"Biarkan saya buat keputusan mengenai jumlah anggota polis yang akan diturunkan untuk tangani isu keselamatan dan pencegahan. Biar saya dengan polis lakukannya," katanya.

Nurul Izzah semasa menghadiri forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 SB di London.

Katanya, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

Beliau juga membidas langkah menempatkan 30 pegawai di London adalah contoh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak betul-betul memperuntukkan sumber polis untuk memerangi jenayah.

Nurul Izzah juga mendakwa peningkatan bilangan anggota polis yang diberikan tugas dalam cawangan khas sebagai bukti kementerian dan pentadbiran Barisan Nasional (BN) menyalahguna keutamaan daripada sudut penguatkuasaan undang-undang.

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat dakwaan Nurul Izzah. - 16 November 2013.


PBO: KPN harus tangkis dakwaan dengan fakta bukan omongan kosong atau imginasi lucah tak professional .. Tak gitu ..?
sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: