"Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,"
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut dikekalkan sebagai Presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.
Semua pemimpin PAS mempunyai ciri-ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut, kata Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.
BACA LANJUT...
Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 yang mempunyai agenda pemilihan pucuk pimpinannya akan diadakan November ini di Shah Alam, Selangor.
Kenyataan Nik Aziz sekali gus memberi signal kepada perwakilan supaya jawatan Presiden PAS itu tidak dipertandingkan.
“Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,”katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Kota Bharu, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita yang memetik Twitter Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.
Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.
Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.
Dalam pada itu, desas desus yang mengatakan Nik Aziz berada keadaan kritikal akibat penyakitnya terungkai apabila dia membuat kejutan muncul dalam kuliah itu setelah beberapa minggu tidak hadir. - 7 September, 2013.
0 respon:
Catat Ulasan