Mahathir dilaporkan berkata pemotongan subsidi dua kupang (20 sen) hanya akan menyebabkan barang akan naik sekitar 5 peratus sahaja. Hebat sungguh mantan perdana menteri paling lama ini dalam membuat analisis kesan kenaikan haga minyak.
Aku ni bodoh dan dungu tak sebijak Mahathir .. aku hanya orang kampong yang kalau dulu isi minyak RM60 tahan seminggu. Sekarang dah jadi RM70 untuk seminggu...
Kalau Mahathir yang bijaksana ini kata kenaikan harga barang dan perkhidmatan sekitar 5 peratus sahaja, aku yang tak berapa cerdik ni kata, aku tak guna hanya satu jenis barang sahaja sehari, mungkin lebih dari dua, puluh atau berpuluh-puluh barang.
Kalau 5 peratus untuk satu barang, cuba darabkan dengan 10 jenis barang seharian. Darab pula dengan sebulan dan seterusnya setahun .. aduhai Mahathir...
Hang tak apalah Mahathir .. kalau naik 500 kali ganda pun hang mampu bayar .. Makcik pakcik kat sana mungkin tengah tahan perut sebab harga barang dah naik 5 peratus ..
Demikianlah dari aku penburukonline yang takberapa cerdik berbanding Tun Mahathir!
Pemotongan 20 sen subsidi bagi setiap liter bahan api hanya akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, paling banyak sekitar 5 peratus, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ini kerana bahan api hanya menjadi sebahagian kecil daripada kos pengeluar dan perniagaan.
Malah, katanya, bahan api membentuk hanya 10 peratus input bagi produk dan perkhidmatan dan sebarang kenaikan harga bahan api boleh diserap oleh perniagaan.
"10 peratus daripada 10 peratus (kenaikan harga bahan api) adalah satu peratus. Ia adalah peratusan dari segi peningkatan kos yang kebanyakan perniagaan boleh menyerapnya. Tidak perlu sebarang kenaikan harga produk atau perkhidmatan mereka," katanya dalam satu posting di blog beliau hari ini.
Walaupun Mengakui bahawa sesetengah produk dan perkhidmatan menggunakan lebih bahan api, beliau berkata, petrol atau diesel mungkin hanya merupakan separuh daripada input pengeluaran.
"Oleh itu, peningkatan kos seharusnya bukan 50 peratus. Malah, ia sepatutnya 10 peratus. Ia sepatutnya lima peratus atau hanya lebih sedikit," katanya. ~MK
0 respon:
Catat Ulasan