Rabu, 4 September 2013

Gempar! Artis bercerai masih tiduri bekas isteri...

Bukan semua perceraian itu membawa musibah. Ada yang lebih bahagia selepas bercerai-berai kerana bukan saja bekas suami memberi nafkah kepada
anak-anak malah bekas isteri pun dapat sama. Pokoknya tiada apa yang berubah, cuma terputusnya hubungan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun dalam banyak kes perceraian, kes perceraian artis yang satu ini SS anggap paling menarik.

Jika orang lain turun naik mahkamah nak minta nafkah daripada bekas suami tetapi artis ini tidak perlu buat begitu kerana khabarnya sejak hari pertama
mereka bercerai, sampailah sekarang bekas suami terus menyara hidupnya.


Patutlah artis ini tidak begitu mengharapkan tawaran dalam bidang seni kerana segalanya serba mencukupi. Pernah juga SS bertanya kepada artis itu kalau
begitu caranya, maknanya kasih sayang mereka masih mendalam lalu kenapa perlu sampai bercerai. Jawapannya kerana artis itu tidak mahu menyakiti hari pihak
lain.

Siapakah pihak itu, biarlah SS rahsiakan dulu. Maknanya artis itu sanggup berkorban demi menyenangkan hati orang lain. Murni sungguh hati artis itu kerana
sanggup membiarkan hatinya terluka demi kebahagiaan insan lain.

Namun apa yang menggemparkan, SS difahamkan yang artis itu juga membalas keluhuran budi bekas suaminya itu dengan masih lagi memberi nafkah batin kepada
lelaki itu.

Apabila tiba soal zahir dan batin ini, SS tak mahulah memanjangkan cerita kerana bab dosa pahala sendiri mahu ingat. Oklah...kerana kita masih lagi berada
dalam bulan Syawal, sekiranya apa yang SS sampaikan ini tidak benar, SS mohon ampun dan maaf. Jika benar, SS harap artis itu segeralah bermuhasabah diri.


Soseh Soseh @ Harian Metro

tak pelik benda2 macam ni berlaku dalam masyarakat akhir zaman ..
semoga kita mengambil ikhtibar





# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hoi!!! orang tengah bengang harga minyak naik kau pula sebuk cerita artis ngongkek!

Tanpa Nama berkata...

artis t u frust la tu.. minyak dh naik.. apa lg naik?

Hj.Shah berkata...

"...bagi nafkah sejak hari pertama bercerai..."aku assume termasuk yang batin lah tu....so kalu macam tu dah kira rojok lah tu....apa masalah?

Tanpa Nama berkata...

Betul kata anda hj shah...brmakna mrka msh lg suami istri yg sah krna tlh brlaku prsetubuhn antra mreka...apa la punya ss ni...jgnlah krn nk bg laku suratkhbr syrkat anda bekerja, ss sggup tabur fitnah...bila dah rasa syg antra mreka msh ada n brlaku prstubuhn antra mreka brmakna tlh brlaku rujuk antra mreka...x smesti kna ada pkataan rujuk dr mulut suaminya...itu pun dkira rujuk yg sah...biarlh mreka truskn hubungan mreka...lg pun si suami seorg brtggungjwb sbb nafkah ank tdk terabai...wlu dr mulut istri trkluar brcrai sbb nk jg hti org lain tp talaknya x jatuh skiranya suaminya xde niat atau pun x melafaz cerai skali lg...x kira la istri duk kata 100x cerai skali pun...sian kat artis jika ss msh duk kata mreka brcerai n brzina antra mreka...bljr la agama wahai ss cukup2..jgn jd jahil agama