Ini apa cerita bang .. bodek tahap gaban ..? Kalau ya sekalipun nak bodek, jagalah sikit orang bawah ..
Kita nak tanya .. dah buat mesyuarat dengan semua jawatankuasa ke kalau nak keluar statement sokong kenaikan harga minyak ni bang .. ke main belasah sorang-sorang je..?
Tak apa bang .. bodek lagi .. mana tahu boleh dapat status Tan Sri pulak lepas ni ..
baca lanjut ..
Cuepacs sokong harga petrol naik
SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, sekiranya memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju sekiranya kenaikan dibuat dapat membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.
“Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.
“Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan tersebut, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.
“Walau bagaimana pun, saya mengharapkan kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyatnya sebelum keputusan untuk menaikkan harga petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Omar, sekiranya kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak kira dalam apa jua bentuk.
p/s: Korang nak pilih dan kekalkan lagi presiden jenis macam ni pada masa depan .. kargh tuih ...!
3 respon:
walaupun saya bukan penjawat awam tapi kenyataan presiden cuepacs ini hanya nak bodek kerajaan
memualkan
saya sbgai penjawat awam amat2 kurang bersetuju dengan statement bodek camni... memalukan aje.
Catat Ulasan