Sabtu, 31 Ogos 2013

Syarikat ini penyebab tumpahan minyak dalam sungai Selangor?

Alam Flora dalam kenyataannya hari ini berkata perbuatan itu tidak bertanggungjawab kerana syarikat itu bukan pemilik atau mempunyai kaitan dengan bengkel
penyelenggaraan lori sampah yang dimaksudkan

Alam Flora nafi dakwaan jadi punca tumpahan diesel


Alam Flora menafikan dakwaan yang tersebar melalui laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan syarikat itu sebagai punca pencemaran
tumpahan diesel di Sungai Selangor. 

baca lanjut ..



Alam Flora dalam kenyataannya hari ini berkata perbuatan itu tidak bertanggungjawab kerana syarikat itu bukan pemilik atau mempunyai kaitan dengan bengkel
penyelenggaraan lori sampah yang dimaksudkan sebagai punca pencemaran itu.

Alam Flora juga berharap agar pencemaran di sungai itu dapat diselesaikan segera dan bekalan air akan kembali normal seperti sediakala.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat berkata kesemua empat loji air yang ditutup semalam akibat tumpahan minyak
di Sungai Selangor beroperasi semula hari ini.

Md Khairi berkata pihaknya telah menjalankan proses penyedutan minyak serta air sungai yang tercemar akibat tumpahan minyak diesel itu.

"Pada pukul 1 pagi ini, saya menerima maklumat bahawa kesemua empat loji itu sudah mula beroperasi semula, tetapi masih belum pulih sepenuhnya," katanya
kepada Bernama ketika diminta mengulas perkembangan terbaru gangguan bekalan air itu.

Empat loji yang terlibat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2), Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata walaupun loji berkenaan sudah beroperasi,
namun ia mengambil masa untuk membekal air seperti biasa.

- Bernama




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: