Khamis, 22 Ogos 2013

Suami layan SMS lucah dengan perempuan lain, isteri pula terlanjur dengan bekas teman lelaki ..

Isteri terlanjur dengan bekas teman lelaki sehingga tidak datang bulan gara-gara "marah" suami yang main sms lucah dengan perempuan lain...

Inilah tanda akhir zaman ..

Saya terlanjur dengan bekas teman lelaki kerana kurang kasih sayang serta layanan suami. Hubungan kami tambah dingin sejak dua tahun lalu. Lebih dikesali, suami lebih senang melayan mesej lucah dengan wanita lain di laman sosial.

Akibatnya apabila bertemu kekasih lama, kami terlanjur. Lebih mencemaskan, saya tidak datang bulan dan bimbang mengandung.

baca lanjut ..





Saya benar-benar buntu kerana masih sayangkan suami, tetapi saya tidak mahu menambah dosa dengan menggugurkan kandungan.

Ketika ini saya rasa sangat berdosa dan bersalah terhadap suami. Meskipun suami melayan wanita lain menerusi mesej lucah, saya tidak sepatutnya membalas kesilapannya dengan menjalin hubungan sulit.


YANTI
Tanah Merah, Kelantan


Hubungan suram serta dingin dalam perkahwinan menyebabkan puan terleka dengan godaan luar. Disebabkan dahagakan kasih suami, puan sanggup mencari ruang persinggahan sehingga terlajak tanpa ada ruang berundur.

Biarpun puan mencipta 1,001 alasan atas kesilapan, hubungan orang ketiga masih menjadi kesalahan. Baik puan serta suami, kedua-duanya ada masalah.

Puan serta suami tergamak ‘makan luar’ sedangkan nikmat halal terbentang luas di depan mata. Jalan terbaik, puan dan suami perlu mencari kesepakatan mengenai situasi rumah tangga.

Mengenai kemungkinan mengandung, puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor. Andai tidak benar, jalan untuk memperbaiki rumah tangga dipermudahkan dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

Namun, jika sebaliknya, teruskan amalan meminta ampun serta meminta kekuatan supaya puan dapat melaluinya dengan tenang.

Dang Setia @ Harian Metro


cerita berkaitan yang boleh dijadikan ikhtibar!





# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Carlos Santiago berkata...

dunia akhir zaman.

mohd azrul berkata...

malaysia rosak akhlak moral ini padahnya kalau bn umno perintah negara

Tanpa Nama berkata...

ha ha bn jua disalhkan bagus aku stuju tp bila bala turun tuhan xbg kat geng umno sj semua org kena pikir2kan

Tanpa Nama berkata...

suami dia layan dlm telefon je, tp bini dia siap kangkang kt bekas teman laki

PokAmid berkata...

ha ha bn jua disalhkan bagus aku stuju tp bila bala turun tuhan xbg kat geng umno sj semua org kena pikir2kan......

Mengapa tidaknya? Kan ni semua akibat daripada didikan sekular yang diterapkan oleh pemerintah! Entah-entah perangai pak-pak menteri lebih jahanam lagi kerana mereka banyak wang untuk enjoy.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya rumahtangga ni xbermasalah pun...

silapnya..
sang isteri xlayan sms lucah suami..
itu pasainya !!
sepatutnya ..
para isteri mau layan ber-sms dgn sang suami sampai ke subuh !!!
sepatutnya mau berbalas2 gambo2 bogel si isteri maupun si suami.. itu la caranya !!

Tanpa Nama berkata...

sama je mcm lh kamu tu baik sgt

Tanpa Nama berkata...

rase kamu klu pakatan berkuasa org x buat maksiat ke.lg teruk ada lh.ketua pembangkang pn x btul.