Rabu, 28 Ogos 2013

Siapa 'arah' pemuda PERKASA yang desak Najib berundur!? .. korang kena tengok ni ..!

Apabila Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan mendesak Najib melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri .. ramai yang terkejut beruk .. apasai pula mamat ni tetiba menyerang kepimpinanan Najib ..? Hilang akai ..?? hik hik hik ...

Maka bertambah meroyanlah blogger pro UMNO lepas ni .. hik hik hik .. Nasib baik papagomo dah umum bersaradari dunia blog .. kalau tak dah tentu akan ada video lucah si Irwan Fahmi ni hik hik hik ... jangan marah ye bang ..!

Lepas ni Si Irwan ni akan dipanggil oleh tetuan - tetuan PERKASA.. nak kena jawab... betoi ka apa yang Si Irwan ni tulis dalam blog dia ..

Sekadar tips .. PBO sarankan kat tetuan PERKASA .. tanya juga siapa 'dalang' di sebalik kenyataan kontroversi dia ni ..

Manalah tau kot - kot ada pihak ketiga yang mengarahkan Si Irwan ni buat kontroversi .. hik hik hik ..

Ni kita 'reverse' cerita dulu-dulu ..

Dulu .. bila Abdullah Badawi 'kalah teruk' dalam PRU 12 .. meluap-luap api kemarahan Dr Mahathir kepada Pak Lah .. sehingga Si Tun ni keluar UMNO sekejap .. ,, demikianlah begitu dasyat Si Tun 'menyerang' pentadbiran Pak Lah.

Lepas tu agaknya pasai malas nak panjang-panjang Pak Lah pun melepaskan jawatan dia kat Najib, Timbalannya pada masa tu .. agak-agak korang apa perasaan Tun ketika Pak Lah melepaskan jawatannya ..???

Bila datang Najib .. Perdana Menteri sekarang .. Tun membantu bersungguh - sungguh supaya BN menang bergaya PRU 13 .. tapi bukan bertambah baik .. lagi teruk keputusan PRUNajib dari Pak Lah ..

Kalau ikut logik .. Si Tun mesti desak Najib melepaskan jawatannya .. macam dia desak Pak Lah dulu .. tapi sampai la ni tak bunyi pun .. pasai apa ye .. hik hik hik .. korang fikir la sendiri .. kan.. kan ... kan ...

Aku nak warning kat korang .. cerita di atas tak ada kena mengena dengan desakan Si Irwan ni .. saja nak penyedap rasa .. biarlah kerja-kerja tangan ghaib tu menjadi tanya-tanya ..

Kalau tengok tulisan Si Irwan Fahmi dalam blog dia .. agak pedas juga 'smash' dia kepada Najib .. antara ayat yang boleh aku tampal ..


BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan ..

Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara..

Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.


Ada orang cakap .. PERKASA tidak memihak mana-mana parti politik .. hik hik hik ... sebab tu Ibrahim Ali dan Zul Noordin diberi peluang untuk mewakili UMNO / BN dalam PRU 13 yang lalu .. hik hik hik ..

Jom baca isi hati perut si Irwan dalam tulisan blognya ..

Irwan Fahmi Ideris: Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan


klik papar ye bang ..




Asalamuaalaikum,

1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.

Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.

Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen. Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian, Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.

Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan. Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain. Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.

Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan. Pengorbanan ini perlu demi menyelamatkan survaival Islam dan Melayu di bumi sendiri

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!


IRWAN FAHMI IDERIS



Lepas ni kita tengok pula apa kata penasihat PERKASA, Presidenn dan Setiausaha PERKASA .. hik hik hik ..

Nak nengok juga komen kaw-kaw korang tentang isu ni .. hik hik hik ..




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

mohd azrul berkata...

pemuda perkasa ini buat kenyataan desak najib letak jawatan sebab ada kepentingan peribadi

Tanpa Nama berkata...

melayu lupa diri dan tak sedar diri - nanti menyesal tak sudah

Tanpa Nama berkata...

ddd

Tanpa Nama berkata...

biasalah namapun 'me' 'layu'....dari segar tuju layu..dari sedar tuju lupa selalu......