"Presiden kamu sudah kalah dalam pilihan raya umum, perasan nak minta perdana menteri letak jawatan. Apa ni?
'Jangan perasan nak minta PM letak jawatan'
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menempelak Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris yang dilapor mendesak Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
baca lanjut ..
"Siapa dia nak minta PM letak jawatan. Jawatan dia bukan ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda PERKASA. PERKASA ada apa?
"Presiden kamu sudah kalah dalam pilihan raya umum, perasan nak minta perdana menteri letak jawatan. Apa ni?
"Saya rasa dia patut tahu kedudukannya terlebih dahulu" kata Khairy dengan nada tinggi.
Beliau yang juga menteri belia dan sukan menjawab soalan pemberita berhubung desakan itu dalam sidang media sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran
kementeriannya hari ini.
Irwan dalam tulisan dalam blognya Ahad lalu antara lain mendakwa Najib masih menggunakan kaedah lama meminggirkan kaum pribumi dan mengagung-agungkan kaum
lain.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Rahman Bakar dilapor akan memanggil Irwan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung desakannya itu.
Malah, ketika memberitahu secara bergurau bahawa kumpulan samseng turut datang ke rumah terbukanya dan meminta wang perlindungan pun turut dijadikan berita besar.
Pendeknya, apa sahaja yang keluar dari mulut Ahmad Zahid sekarang pasti merupakan bahan yang boleh diolah menjadi berita.
Semua publisiti yang melimpah ini secara automatiknya menjadikan Ahmad Zahid paling popular.
Di mata perwakilan Umno pula, beliau dianggap sebagai menteri yang sedang membuat kerja dengan betul dan dilihat lebih baik daripada Menteri Dalam Negeri sebelumnya iaitu Hishammuddin Hussein.
Secara kasarnya, dalam pemilihan Umno 19 Oktober ini Ahmad Zahid ternampak tiada masalah untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden nombor satu yang diraihnya dalam pemilihan 2009 lalu.
Sehingga ini, selain Ahmad Zahid yang sudah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya, dua lagi Naib Presiden Umno iaitu Hishammuddin dan Shafie Apdal turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.
Pemimpin lain yang sudah mengumumkan akan menyertai persaingan ialah Isa Samad, Pengerusi Felda manakala Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dijangka akan turut menyertai perebutan kerusi Naib Presiden dan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Ini menjadikan sekurang-kurangnya tujuh orang akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno kali ini.
Walaupun Ahmad Zahid terlihat paling popular berbanding lain-lain pesaingnya manakala wajah serta berita mengenainya juga muncul hampir setiap hari di akhbar dan tv, peluang beliau tidaklah semudah yang dijangka, apatah lagi untuk mendapatkan kemenangan bergaya dengan memperolehi undi tertinggi.
Sosek-sosek dalam UMNO mulai kedengaran bahawa Zahid seolah-olah sengaja menonjol-nonjolkan diri untuk kepentingan pemilihan Umno. Beliau dilihat sengaja bersuara mengenai Akta Hasutan dan Ordinan Darurat sekarang sedangkan ketika Najib mengusulkan mahu memansuhkannya dulu, tidak pula suaranya kedengaran.
Bahkan ketika Najib mengatakan bahawa cadangan memansuhkan kedua-dua akta itu mendapat persetujuan Kabinet, pendirian Ahmad Zahid yang sebenarnya turut menjadi tanda-tanya.
Apatah lagi dengan adanya seruan pelbagai pihak, termasuk Mahathir agar pemimpin muda diberi peluang dalam pemilihan Umno kali ini bagi menghadapi PRU14, sentimen ini seolah-olah kekangan buat Ahmad Zahid.
Saranan agar lebih ramai pemimpin muda atau pelapis ditonjolkan nyata memberi kelebihan kepada Hishammuddin dan Mukhriz untuk mengungguli jawatan tersebut manakala Ahmad Zahid dianggap bukan lagi sebagai pelapis untuk tempoh lima tahun akan datang memandangkan beliau lebih berusia daripada Najib dan hanya muda sedikit daripada Muhyiddin.
Hishammuddin walaupun dianggap lemah tetapi beliau ada pengaruhnya yang tersendiri dalam Umno, selain kedudukannya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri serta usianya yang lebih muda turut memberi kelebihan buatnya.
Mukhriz juga sedang meniti pupolariti berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah dan pengaruh bapanya, Mahathir yang masih kukuh pastinya memberi kelebihan jika beliau bertanding kerusi nombor tiga dalam Umno itu.
Malah ada yang beranggapan apabila Mahathir memperkatakan perlunya Umno memberi ruang yang lebih luas kepada golongan muda menonjolkan diri, maksud tersiratnya ialah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz di kedudukan yang lebih kukuh dalam Umno.
Penyertaan Ali Rustam dan Isa Samad turut menjejaskan peluang Ahmad Zahid. Walaupun kedua-dua pemimpin ini juga sudah berusia tetapi penyertaan mereka boleh menjadi "kacau daun" dan membuatkan ada yang mengundi kedua-dua calon ini kerana simpati.
Ali Rustam pernah dihalang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009 atas dakwaan salah laku ketika berkempen, meskipun peluangnya untuk menang ketika itu amat cerah.
Dalam pemilihan kali ini setelah kalah di Bukit Katil dan mungkin dilantik Senator serta diberikan jawatan di peringkat Pusat, bertanding jawatan Naib Presiden Umno akan memberi kelebihan kepada Ali Rustam kerana gabungan undi simpati dan penyokong setia yang sedia wujud akan lebih berpihak kepadanya.
Kelebihan Ali juga kerana sikap ramah mesra, suka membantu dan jarang menghampakan jemputan yang diterimanya walaupun yang menjemputnya hanya sekadar ahli Umno biasa saja.
Jika dulu ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang menobatkan Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden Umno, penyertaannya dalam perebutan kerusi Naib Presiden kali ini akan membuatkan hasrat yang tidak kesampaian dulu bertukar menjadi undi yang melimpah-ruah.
Dalam musim rumah terbuka yang sedang berjalan sekarang, Ali Rustam nyata sedang menggunakan kesempatan yang ada untuk hadir sebanyak mungkin jemputan yang diterimanya di seluruh pelusuk negara. Dengan tidak terikat sebarang jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai luang masa yang banyak untuk memenuhi semua jemputan dan menemui perwakilan Umno.
Isa Samad juga boleh menggugat peluang Ahmad Zahid. Kedudukannya sebagai Pengerusi Felda yang mana Felda mempunyai penempatan di lebih 50 bahagian Umno di seluruh negara, walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat sukar menang tetapi "kacau daunnya" akan menyusahkan calon-calon lain.
Penyertaan Musa Aman pula dilihat hanya akan menjejaskan peluang Shafie Apdal kerana sehingga ini majoriti pemimpin Umno Sabah menyokongnya dan ini secara langsung akan menipiskan lagi peluang Shafie Apdal mengekalkan jawatannya.
Dengan sentimen Umno yang mahu mewujudkan pelapis dan memberi peluang kepada orang muda dalam pemilihan tahun ini, Hishammuddin dan Mukhriz dijangka paling selamat untuk memenangi dua jawatan Naib Presiden Umno kali ini manakala Ahmad Zahid, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu lagi kekosongan yang tinggal.
Jika diukur dari segi populariti dan publisiti, Ahmad Zahid ternampak menonjol tetapi jika undi simpati menguasai jiwa perwakilan Umno, mungkin Ali Rustam berupaya menonjolkan diri dan mengenepikan calon-calon yang lain.
Dipetik dari blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Shahbudin Husin - (Pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju serta AJK Pemuda Umno Negeri WP. Telah menghasilkan tiga buah buku poliitik iaitu Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan terbaru Asalkan Bukan Najib.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
biarkan umno dgn perkasa bergaduh lagi bagus utk pr
Catat Ulasan